Tips dan pengalaman BERCINTA oleh: Dr. Hate, Muhammad Zulsyamini

Oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri



Kadangkala, apabila melihat pasangan (couple) samada yang sudah mahupun belum berkahwin, cemburu juga rasa di hati. Bahagianya kulihat mereka melayari bahtera cinta khususnya buat pasangan yang telah berkahwin itu tadi.

Dalam keadaan ramai kawan-kawanku yang sudah mempunyai teman istimewa mahupun ada juga yang telah berkahwin, aku masih "single", tidak punya sesiapa untuk dijadikan suri hati. Aku kira bukanlah aku yang tak laku. Ramai juga rakan-rakan yang memujiku dengan mengatakan aku sebagai 'handsome', kacak, bahkan sesetengah darinya mengatakan aku ini "comel". Hahaha. Bahkan aku juga pernah bercinta pada suatu ketika dahulu sampai ke tahap dikira sudah bertunang, apabila aku dan teman wanitaku itu sama-sama bersetuju untuk bernikah semasa belajar. Namun hubungan putus di tengah jalan disebabkan perbezaan politik dan manhaj di samping kesalahfahaman yang berlaku di antara aku dan ayahnya.

Sejak memasuki universiti pada tahun 2010, ramai kawan memintaku agar aku menjadi diri aku sendiri, tidak lagi menjadi kebudak-budakan, tidak lagi dilihat sebagai seorang yang pelik lagi aneh (walaupun sebilangan orang menafsirkan kepelikkan yang ku miliki sebagai keunikan iaitu ciri istimewa yang ada pada diriku). Antara yang menafsirkan sedemikian rupa (yakni menafsirkan keanehanku berbanding orang lain sebagai unik) termasuklah bekas teman wanitaku yang membuatkan dirinya mencitaiku (sebelum aku menjauhi jemaah PAS tempatnya berwala').

Aku sangsi, andai aku menjadi diriku yang sebenar, adakah aku akan dilabel sebagai anti sosial sekali lagi? Ya, sewaktu di sekolah, aku dilihat oleh para junior serta rakan satu 'batch' yang berlainan jantina (perempuan) sebagai seorang yang agak anti sosial. Tidak bercakap dan bergaul langsung dengan perempuan, ada kalanya dianggap sombong. Semua ini berlarutan hinggalah terjadi satu trajedi yang membuatkan diriku berubah secara drastik yang akan aku kupas di lain masa.

Kini aku berperwatakan riang, dan agak sosial, serta sedaya upaya cuba untuk tidak dikatakan pendiam (biarpun aku mahu menjadi seperti itu, namun masih ada yang melihatku sebagai seorang pendiam), semuanya gara-gara tidak mahu dilabel dengan gelaran itu lagi. Aku cuba buatkan orang terhibur dengan aku,ketawa melihat perbuatanku, namun akhirnya, mereka juga yang "memijak kepala"-ku bahkan ada ke tahap menghina aku.





JANJIKU UNTUK MEMBALAS DENDAM
Aku gemar menyamakan diriku dengan Akai Shuuichi, iaitu seorang watak dalam siri anime Detective Conan. Akai pada dasarnya merupakan seorang agen operatif FBI yang berusaha menjejaki lalu menumpaskan organisasi hitam (Black Organization) iaitu organisasi yang menjalankan berbagai kegiatan jenayah khususnya pembunuhan terhadap sesiapa yang didapati mengkhianati organisasi itu.
Ceritanya bermula apabila Akai yang pada suatu ketika menyelinap (infiltrate) masuk ke dalam organisasi itu menggunakan nama samaran Moroboshi Dai. Berbekalkan belas kasihan teman wanitanya, Miyano Akemi terhadap Akai setelah menyebabkan Akai terlibat dalam kemalangan lalu dimasukkan ke hospital, Akai banyak mengetahui modus operandi serta strategi Black Organization melalui teman wanitanya itu yang juga merupakan ahli pangkat rendah bagi organisasi itu. Dengan kata lain, Akai hanya mempergunakan teman wanitanya itu dalam memberi maklumat intel berkenaan organisasi tersebut kepada FBI.
Namun sebelum Akai memberitahu Akemi bahawa dia hanya mempergunakan teman wanitanya itu dalam menjadi ahli pangkat tinggi dengan nama kod "Rye" organisasi tersebut, Akemi telah sedia jatuh cinta lalu meluahkan isi hatinya kepada Akai dan berhasrat menjadikan Akai sebagai teman lelaki (suaminya) dengan syarat Akai membantunya untuk keluar (mufarraqah) daripada organisasi yang tidak berperikemanusiaan itu. Akhirnya, pihak organisasi tersebut diwakili Gin bertindak membunuh Akemi sebelum sempat Akai menyatakan persetujuannya terhadap permintaan Akemi agar mereka benar-benar bercinta.
Sebagaimana aku, aku juga pada kemudiannya dianggap mempergunakan teman wanitaku (pada mulanya kami menganggap hubungan kami itu sebagai "tunang" atas dasar bersetuju untuk kahwin) bagi mencuri rahsia jemaah PAS sewaktu kami sama-sama belajar di UiTM Kedah iaitu sebelum aku pada akhirnya menjauhkan diri daripada Jemaah itu. Akhirnya atas kapasiti perbezaan politik serta manhaj, kami berpisah dan aku menganggap dia sudah tiada di dunia ini (telah mati) agar aku dapat melupakan segala-gala berkenaan memori kami di Kedah.
Seperti juga Akai, aku tidak dapat menerima kenyataan ini. Jika setelah kematian Akemi Akai berubah daripada menjadi seorang yang gemar kerja secara berpasukan kepada selalu beroperasi secara menyendiri, begitu juga aku. Aku lebih gemar melakukan secara bersendirian daripada berpasukan. Begitu juga dengan hasrat untuk membalas dendam atas 'bencana' yang menimpa kami.
Sekiranya Akai amat berazam untuk membalas dendam atas pembunuhan teman wanitanya dengan cara melumpuhkan terus organisasi tersebut dengan tangannya sendiri (tanpa banyak bergantung kepada skuad-skuad FBI), maka begitu juga aku bertekad menanam azam untuk melumpuhkan organisasi yang menyebabkan hubungan antara aku dan 'tunang'-ku itu putus. Kami bertekad untuk dianggap sebagai "peluru perak' (silver bullet) iaitu satu-satunya cara untuk membunuh serigala jadian (werewolf) yang kami sifatkan kepada organisasi yang penuh dengan kerahsiaan, Sir wa Hazar.

SUSAHNYA NAK CARI PENGGANTI SI DIA


AKU TAKUT

Sebenarnya, kini aku meyukai seorang wanita yang luarannya kelihatan pendiam, namun menjadi sebaliknya iaitu agak girang apabila bersama teman rapat apatah lagi suaminya. Bicaranya juga penuh kelembutan bersama teman sejantinanya, namun menjadi sebaliknya apabila berhadapan dengan ajnabi-nya (lelaki asing). Malangnya akhir-akhir ini, barulah kutahu bahawa dia telah berpunya. Biarpun selagi belum bertunang, aku kira aku masih berhak mencuba menawan hatinya, namun aku tidak mahu menimbulkan permusuhan, tidak mahu nanti dikatakan sebagai perampas. Maka aku pun terpaksa melepaskan perasaanku terhadapnya. Alhamdulillah dia juga sudah tidak berada dekat denganku.
Ada lagi satu perkara yang membelenggu diriku, iaitu sanggupkah aku mengahwini seorang perempuan yang kampung asalnya begitu jauh ke selatan daripada kampung ibu bapaku yang terletak di utara? Bagaimana apabila tiba hari raya kelak? Sanggupkah aku berkejar ke sana ke mari sewaktu hari raya bagi memnuhi hasrat kedua-dua belah pihak? Bagaimana pula untuk memenuhi jemputan kenduri kendara kelak?
Sekiranya kampung berdekatan tidak menjadi masalah kerana emak dan abahku berasal daripada kampung yang sama.
Sebenarnya kebelakangan ini, aku ada sahaja terperasan bahawa terdapat sebilangan daripada para kenalanku yang memendam rasa kepadaku berdasarkan tingkah lakunya yang aku lihat agak 'care' terhadap aku. Namun aku masih sangsi adakah dia benar-benar menyukai aku, atau keprihatinannya hanya atas dasar "kawan". Namun jika dikatakan keprihatinannya  hanya atas dasar kawan, keprihatinannya itu dapat kurasakan agak berlainan dengan keprihatinan yang diberikan oleh kawan-kawan lain. Entahlah. Biarkanlah sahaja dulu. Nanti dah berpendapatan tetap, baru aku mulakan langkah seterusnya. Lagipun, aku tahu sebelum ini dia ada mengaku menyukai seorang lelaki.





Comments