Dituis oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri
*Diambil daripada laman sesawang tempat penulis menjalani latihan industri, beralamat di: http://binainsan.com/tun-m-berhentilah-kecam-najib-secara-terbuka/
Ketegangan yang melanda berhubung isu bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir yang belakangan ini dilihat lantang mengkritik kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada yang menyangka Tun M akan menjadi ketua pembangkang,
Manakah tidaknya apabila Tun M kini dilihat lantang mengkritik Najib dengan pelbagai alasan termasuk kelemhannya dalam mengurus negara di samping dilihat terlalu berlembut terhadap musuh.
Secara peribadi penulis membenarkan dakwaan yang mebandingkan pemerintahan di zaman Tun M dengan pemerintahan yang diterajui PM Najib pada masa kini. Kononny dikatakan pemerintahan Najib sangat lemah berbanding perdana-perdana menteri sebelumnya tatkala segelintir tokoh menyatakan:
"Lama juga UMNO memerintah Tanah Melayu, okay saja, tiada kelemahan dan (tidak) timbul isu-isu begini”
Kenyataan ini boleh dibidas dengan kisah para rakyat yang bertanyakan kepada Ali bin Abi Talib tatkala menjadi khalifah persoalan mengapa begitu banyak fitnah (kemelut) yang melanda pada zaman pemerintahannya berbanding dua khalifah sebelumnya (Abu Bakar dan Umar r.huma). Ali r.a. lantas menjawab: "Pada zaman mereka (Abu Bakar dan Umar) mereka mempin rakyat yang seperti aku dan pada zaman pemerintahanku ini, aku memimpin rakyat yang seperti kamu!"
Analoginya, pada zaman pemerintahan Tun M, iaitu sebelum tahun 2008 di mana Pilihan Raya Umum ke-12 diadakan, penggunaan media sosial masih di tahap minimum hingga membuatkan spekulasi serta hasutan yang datang dari pihak pembangkang melalui saluran alternatif sebagaimana internet agak sukar dicapai kebanyakan rakyat. Capaian internet apatah lagi media-media sosial agak terhad di waktu itu, tidak sebagaimana sekarang.
Mungkin ada yang merasakan pemerintahan Tun M semuanya dilihat 'perfect' berbanding Najib. Kita harus ingat bahawa pada zaman Tun M, media sosial yang sekarang ini telah diketahui menjadi medium utama penyebaran fitnah dan hasutan masih tidak tersedia di waktu pemerintahannya. Jikalau ada pun hanya digunakan sekadar berhubung dengan kenalan melalui ruangan ‘chatting’, apa yang ditulis dan diluahkan semuanya amat susah disebarkan berbanding media sosial di masa pemerintahan Najib kini.
Penulis beranggapan mungkin jikalau kalau Tun M memerintah pada zaman media sosial berleluasa sebagaimana kini, beliau juga akan menerima kecaman yang sama bahkan lebih hebat daripada yang diterima Najib di waktu sekarang.
Secara peribadi, penulis meyakini bahawa kritikan yang diutarakan Tun M bukanlah kerana beliau bencikan UMNO, sebaliknya segala itu dilakukan atas dasar terlalu sayangnya beliau kepada perjuangan asal parti itu. Bagaimana pun, cara mengkritik secara terbuka seperti yang dilakukan beliau bukanlah cara yang tepat disebabkan isu itu dijadikan mainan politik pembangkang supaya dilihat bahawa Tun M menyebelahi pembangkang yang sememangnya menaruh dendam kepada UMNO.
Islam telah mengajar saluran yang benar dalam menegur pemimpin. Sabda Rasulullah s.aw.: "Barangsiapa yang ingin menasihati penguasa dengan sesuatu perkara, maka janganlah ia dilakukan secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan menyepilah secara berduaan. Jika (nasihat itu) diterima, memang begitu. Sekiranya tidak (diterima) maka dia (si penasihat) telah melaksakan kewajipannya" [H.R. Ahmad dari ‘Iyadh bin Ghonim r.a.]
Sememangnya benar bahawa jihad paling utama adalah menyampaikan kebenaran penguasa yang zalim, atau pemimpin yang zalim (H.R. Abu Dawud dan At-Tirmizi) namun ianya bererti kebenaran secara berhadapan, bukannya nasihat yang disampaikan secara belakang seperti dengan cara mengumpat , menimbulkan persepsi negatif dan sebagainya.
Adakah menasihati pemerintah secara berhadapan seperti dengan menulis sesuatu yang ingin 'dinasihati' itu didalam media (surat khabar dan sebagainya), ataupun bercakap di atas mimbar (pentas ceramah) dan sebagainya sedangkan pemimpin yang ingin 'dinasihat' itu berada di tempat lain? Tidakkah jelas hal itu bertentangan dengan suruhan baginda s.a.w. yang menyarankan agar tidak menasihati pemerintah yang zalim di khalayak sebagaimana hadith di atas?
Secara umum, hubungan rakyat pada pandangan pemerintah dapatlah dianalogikan kepada anak pada pandangan seorang bapa. Seorang bapa apak tidak boleh terlalu berlembut dengan sang anak atau akhirnya sang anak itu yang kelak 'memijak kepala' bapa-nya sendiri sebagaimana yang dipertontonkan melalui filem Anakku Sazali lakonan Tan Sri P. Ramlee. Sesekali sang bapa harus bertegas kepada anaknya, tidak terlalu berlembut.
Disebabkan itu, orang ramai mula menyatakan perkataan seperti: “Tun M banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Namun kami tidak nampak pun sumbangan Najib melainkan perkara-negatif berserta keburukan sikap isterinya, Rosmah.”
Wahai manusia, berlaku adillah dalam menghukum. Kebanyakan wanita tempatnya di neraka bukanlah semata-mata dikeranakan perihal tidak menjaga aurat dan sebagainya, namun Nabi s.a.w. menyatakan bahawa kebanyakan mereka di neraka adalah kerana tidak pernah atau seringkali menafikan segala kebaikan suami terhadap mereka seolah-olah suami mereka tidak pernak berbakti langsung kepada mereka biarpun hakikatnya kesalahan yang dilakukan oleh suami mereka tidaklah sebanyak kebaikan yang pernah disumbangkan.
Dari Ibnu 'Abbas r.huma, dia berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda:"Aku diperlihatkan kepada neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Hal ini kerana mereka sering kufur (mengingkari)". Ditanyakan: "Adakah mereka mengingkari (mengkufuri nikmat) Allah?" Lantas baginda s.a.w. bersabda: "Mereka mengingkari pemberian suami, mengingkari kebaikan (yang diberi oleh suami mereka). Seandainya kamu berbuat baik terhadap seseorang dari mereka (wanita-isteri-) sepanjang masa, lalu apabila dia melihat walau satu sahaja kejelekan (keburukan) darimu maka dia akan berkata: "Aku belum pernah melihat kebaikan sedikitpun darimu (wahai suamiku)." [H.R. Al-Bukhari].
Bak kata salah seorang daripada rakan penulis, sesudah lebih 30 tahun dan selepas bersara baru orang mengenali sumbangan Tun M. Maka sangatlah tidak adil andai kita ingin jangkakan bahawa hasil-hasilsumbangan Dato’ Najib boleh dilihat dalam masa lima atau sepuluh tahun. Berlaku adil-lah kerana sesengguhnya adil itu lebih dekat kepada taqwa [Al-Maaidah: 8]. Wallahua’lam.

Comments
Post a Comment