Antara Mufti Perlis 2015 [MAZA] dan Khawarij [UPDATED]

Oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri, pelajar tahun akhir Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) UiTM Shah Alam

Sungguh bercelaru pemikiran orang yang mengatakan bahawa Syaikh Rabi' Al-Madkhali adalah seorang Khawarij dan begitu juga pengikut-pengikut beliau. Sedangkan Khawarij; sepertimana yang sekian lama diketahui, adalah kelompok yang agak terkenal dengan cubaan menghasut orang ramai supaya mereka membenci para pemerintah.

Sepanjang pengetahuan penulis, bukan Syaikh Rabi' bin Umair al-Madkhali seorang sahaja yang menyatakan bahawasanya Jamaah Tabligh, Ikhwanul Muslimin, Hizbu Tahrir dan seumpamanya adalah termasuk kedalam kategori 72 firqah sesat (selain Al-Jamaah). Namun hal yang sama turut dinyatakan oleh ulama'-ulama' lainnya semisal Syaikh Al-Albani, Syaikh Soleh bin Fauzan Al-Fauzan, Syaikh Ibn Uthaimin, Ibn Baz dan lain-lain.

Jika Syaikh Rabi' Al-Madkhali dikatakan oleh  Dr. MAZA (Mohd. Asri Zainal Abidin) merangkap Mufti bagi kerajaan negeri Perlis (semasa tulisan ini ditulis pada Mei 2015) dan para pendukung demokrasi khususnya daripada kalangan pembangkang mahupun pengikut beliau (Dr. MAZA) sebagai Khawarij hanya disebabkan Syaikh Rabi' dikatakan oleh  Dr. MAZA sebagai seorang yang gemar melakukan tadhlil (menyatakan kelompok firqah lain sebagai sesat) yang kononnya amat mirip golongan Khawarij yang gemar mengkafirkan para pelaku dosa besar, maka secara tidak langsung  Dr. MAZA dan para pengikut yang sehaluan dengannya juga sebenarnya secara tidak langsung turut menyatakan Syaikh Al-Albani, Ibn Uthaimin, Ibn Baz dan selainnya sebagai Khawarij kerana mereka juga turut berpendirian sama seperti Syaikh Rabi'.

Jadi, beranikah Dr. MAZA untuk 'meng-Khawarij-kan' Syaikh Al-Albani dan para ulama' Sa'udi (Arabia) lainnya yang berpendirian sama seperti beliau di mana mereka turut kerap memperingatkan orang ramai mengenai bahaya kelompok-kelompok yang menyimpang dari manhaj Rasulullah S.A.W. termasuk Ikhwanul Muslimin, Hizbu Tahrir dan sebagainya sebagaimana MAZA dan pengikutnya meng-khawarij-kan Syaikh Rabi'?

Atau adakah selama ini  disebabkan perasaan 'dendam' Dr. MAZA terhadap Syaikh Rabi' yang acapkali membuat penilaian kritis terhadap idola/ sanjungan Dr. MAZA, iaitu 'Syaikh' Duktur Yusuf Al-Qaradhawi (DYQ)-lah lalu membuatkan Dr. MAZA hanya fokus menyerang Syaikh Rabi' dan tidak ulama' Salafi/ Sa'udi yang lainnya?

Apakah sebabnya MAZA berserta pengikutnya lebih fokus menyerang Syaikh Rabi' berbanding masyaikh lain seperti Ibnu Uthaimin, Ibn Baz, Al-Albani, Muqbil dan sebagainya walaupun kesemua mereka ini sama-sama membantah Ikhwanul Muslimin?

Adakah diisebabkan sosok Syaikh Rabi' yang tidak berapa 'famous' (dikenali ramai), bahkan hampir tidak terdapat gambaran wajahnya di internet (mungkin kerana beliau menganggap mengambil gambar menggunakan kamera termasuk perbuatan "Taswir" makhluk bernyawa yang diharamkan) berbanding masyaikh-masyaikh yang disebutkan di atas lantas membuatkan dia tidak berani menyerang masyaikh lain kerana mereka agak dikenali dan fimiliar dengan ramai orang. Biasalah untuk individu-individu populis seperti MAZA yang apabila mencela individu lain yang lebih 'popular' berbanding dirinya, maka itu akan menjadi suatu ancaman kepada reputasi dan populariti dia.

Kalau dulu MAZA asyik menghentam Ahbash yang gemar menggelar dia sebagai " bapak Wahhabi" dengan tidak semena-mena lalu dibalasnya dengan berbagai persoalan seperti "Wahhabi itu apa saya tak tau. Saya pun bukannya baca sangat karya Muhammad bin Abdul Wahhab," maka sekarang ini apa bezanya antara dia (MAZA) dengan Ahbash di mana dia (MAZA) pula mencipta istilah "Madkhalist" yang ditujukan kepada Salafi pro-pemerintah walaupun dia sendiri tahu bukan semua Salafi pro-pemerintah menelaah apatah lagi bertalaqqi kitab--kitab Syaikh Rabi'?

LUCUNYA 'SALAFI' SEPERTI INI

Betapa lucu para Salafi yang pro kepada Ikhwanul Muslimin, pembangkang termasuk MAZA secara khususnya. Boleh dikatakan setiap hari mereka menggunakan hadith yang menyatakan setiap Bid'ah adalah sesat dan setiap kesesatan membawa ke  neraka dalam menghujahi Ahli Bid'ah. Namun intisari penuh hadith berkenaan diabaikan.

Hadith atau kisah itu dimulakan dengan perkataan Nabi s.a.w.: "Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah dan tunduk serta taat (kepada pemimimpin) meskipun (pemimpin itu) seorang hamba sahaya yang hitam."

Kemudian baginda lanjutkan: "Sesungguhnya orang yang hidup setelah (kematian)-ku akan mendapati perselisihan yang banyak, maka hendaknya kalian berpegang teguh kepada Sunnahku dan Sunnah khalifah (pemimpin) pengganti setelahku yang mendapatkan petunjuk, peganglah dan genggamlah ia (sunnah itu) dengan gigi geraham (erat)," sebelum masuk kepada frasa "Jauhilah oleh kalian perkara-perkara baru (dalam urusan agama), sebab setiap perkara yang baru adalah bid'ah dan setaip bid'ah adalah sesat." [H.R. Abu Dawud (no.3991), Tirmidzi (no.2600), Ibn Majah (no.42), Ahmad (no. 16521) dan Darimi (no.95)]

Secara tidak sedar, hadith tersebut juga mengisyaratkan bahawa akan terjadi banyak perselisihan disebabkan kurangnya manusia berpegang teguh kepada prinsip ketaatan kepada pemerintah selain secara tidak langsung memperingatkan bahawa perselisihan yang tercetus di kalangan umat baginda setelah ketiadaannya adalah disebabkan kemelut pemerintahan yang seterusnya mengundang kepada perkara bid'ah yang diancam dengan kesesatan, seterusnya ke neraka.

Dungukah mereka dalam menafikan bahawa Allah hampir menyamatarakan antara ketaatan kepada pemerintah (ulul amri) setaraf dengan ketaatan kepada-Nya dan Rasul-Nya sebagaimana tercatat dalam Surah An-Nisa' ayat 59? Lupa dan jahilkah mereka? Atau hati mereka membenarkannya namun lisan dan lahiriah mereka mendustakan apa yang mereka sedia faham?

Ironinya, dalam satu sesi kuliyah, MAZA sendiri mengakui bahawa  pertelingkahan yang berlaku antara Ummul Mukminin Aisyah, Zubair Al-Awwam dan Talhah Ibn Ubaidllah r.hum dengan Ali bin Abi Talib r.a yang merupakan pemerintah (Amirul-Mukminin -ulul amri-) pada masa itu hingga menyebabkan tercetusnya perang Jamal, maka kenbenaran menyebelahi pihak Ali (sebagai pemerintah di waktu itu) di samping mengakui bahawa pihak Aisyah dihukumkan sebagai 'Bughah' (pemberontak) memandangkan 'Aisyah' yang kelihatan 'memerangi' Ali pada asalnya bertujuan mencari perdamaian atau titik temu dengan 'Ali merangkap 'menantu tiri' baginya. Sedangkan para ulama' pada zaman fitnah ini mempunyai autoriti untuk berijtihad, inikan pula isteri kesayangan Rasulullah s.a.w. sendiri. Maka sudah tentulah isteri Rasulullah S.A.W. itu terlebih layak untuk berijtihad, kata MAZA.

Hal ini juga diperakui melalui kisah "salakan anjing Hauhab' di mana sebelum tercetusnya peperangan itu, Ummul Mukminin Aisyah telah disalak oleh beberapa ekor anjing ketika berada di suatu sumur air bernama Hauhab. Ceritanya berpangkal apabila sebelum Rasulullah s.a.w. wafat, baginda ada mengingatkan kepada isterinya itu bahawa segeralah pulang ke rumah sejurus dia disalak beberapa ekor anjing dan ternyata apabila berlakunya perang Jamal, akhirnya Aisyah r.ha tersedar lalu menyesali akan perbuatan salahnya, lalu teringat akan perintah Allah dalam surah Al-Ahzab (33) ayat ke-33 : "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah ..."

KHAWARIJ SI PENGHASUT DAN MAZA

Amat lucu ketika mana si mufti 'recycle' (bin) menggelarkan ulama' yang seringkali menyeru kepada ketaatan terhadap pemerintah dalam hal-hal makruf sebagai "Khawarij", sedangkan tidakkah MAZA tahu bahawa hasutan adalah 'nadi' kepada Khawarij dalam usaha menjatuhkan pemerintah. Tidakkah 'hint' atau alamat yang telah dinyatakan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. mengenai perihal kaum  Khawarij yang bakal muncul sesudah kewafatan baginda S.A.W khususnya melalui hadith berkenaan Abdullah bin Dzulhuwaisirah; iaitu seorang yang kerap dikaitkan sebagai pencetus kepada ideologi Khawarij di mana dia diperkatakan cuba menghasut sahabat-sahabat Nabi agar mereka berpandangan negatif terhadap Nabi S.A.W. selaku pemimpin pasukan tentera yang sedang membahagikan harta ghanimah (rampasan perang) pada masa itu.

Ibnu Dzulhuwaisirah cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap Nabi melalui ungkapan "Wahai Muhammad, betaqwalah kamu kepada Allah dan berlaku adil-lah!" di mana ungkapan  itu jelas membawa maksud bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang yang tidak adil lagi zalim! Tidakkah sikap ini ternyata ada pada diri orang yang menisbatkan diri sebagai 'pembangkang' bagi pemerintah Muslim?

Tambahan pula, Khawarij; sebagaimana maklum adalah mereka yang keluar memerangi pemerintah, antaranya pemerintahan Uthman al-Affan serta Ali bin Abi Talib di samping berakidah bahawa para pelaku dosa besar selain Syirik dianggap telah jatuh kafir. Tidakkah pembaca sekalian dapat mengaitkan sikap puak Khawarij ini  dengan situasi yang kerap diperkatakan khususnya di Malaysia mengenai isu kafir-mengkafirkan kerana perbezaan pemikiran politik?

SI KHAWARIJ ADALAH PENOLAK IJMAK

Telah bersepakat (ijmak) dalam kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa sungguhpun seseorang pemerintah itu naik menduduki takhta dengan cara kekerasan atau dengan cara yang zalim, namun apabila dia sudah berjaya mendapat kekuasaan, maka dia adalah seorang pemimpin yang sah. Adapun soal dosanya terhadap Allah kerana melampaui batas dengan melakukan kezaliman yang sedemikian rupa adalah hal di antara dia dengan Allah S.W.T. [Mafhum daripada perkataan Imam As-Syatibi dalam kitabnya bertajuk Al-Muwafaqat]

Begitu juga perkataan serupa turut dinukilkan oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari: "Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) berkenaan kewajipan mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakkan (mutaghallib), serta kita turut diwajibkan berjihad bersama-samanya. Ini kerana ketaatan kepadanya lebih baik daripada keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang jelas nyata.” [Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7]

Tidak sekdar ijmak berkenaan mentaati pemerintah yang ditolak oleh MAZA yang dilihat 'memuja' demokrasi sistem Kafir, malah MAZA turut dilihat menolak ijmak ulama' Ahli Sunnah wal Jamaah berkenaan hukuman rejam. Pada MAZA, hukuman rejam bagi penzina Muhsan (bertaraf suami atau isteri orang) tidak termasuk dalam kategori Hudud yang tidak boleh dipinda manusia lalu beranggapan bahawa ianya termasuk kategori Ta'zir yang boleh dipinda oleh pemerintah atas alasan hukum itu tidak dinyatakan di dalam Al-Quran.

Sedangkan perkara serupa, iaitu meyakini bahawa hukuman rejam tidak termasuk hudud juga diyakini oleh kaum Khawarij selain Muktazilah. Ibnu Hajar mendedahkan mengenai hal ini:

“Ibnu Baththal berkata, para sahabat dan para imam kota-kota besar telah ijma’ (bersepakat) bahawa orang-orang yang muhshan (yang telah berkahwin) apabila dia berzina dengan sengaja, dengan kesedaran, atas kehendaknya sendiri (tanpa paksaan ke atasnya) maka dia dikenakan hukum rejam. Kelompok Khawarij dan sebahagian dari kelompok Mu’tazilah menolak perkara tersebut, dan mereka beralasan bahawa rejam itu tidak disebutkan dalam al-Qur’an. Disebutkan perkara tersebut oleh Ibnul ‘Arabi dari sekelompok ahli (penduduk) Maghribi, ia pergi menemui mereka dan mereka termasuk sisa-sisa orang khawarij. Jumhur ulama berhujjah bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah merejam, demikian juga para imam setelahnya. Oleh sebab itulah ‘Ali radhiyallahu ‘anhu mengisyaratkan dengan perkataannya pada awal bab ini, “... dan aku merejamnya dengan (berpandukan) sunnah Rasul Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” Dan telah tsabit (ditetapkan secara sahih) dalam kitab Shahih Muslim daripada ‘Ubadah - bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Ambillah daripadaku apa yang telah Allah jadikan sebagai jalan penyelesaian untuk mereka (dalam kes zina), wanita yang telah berkahwin dengan lelaki yang telah berkahwin dihukum rejam..” dan ini akan dipaparkan dalam bab rejam..” [Ibnu Hajar, Fathul Bari, 12/118]

Sepertimana diketahui, sebagai Muslim kita tidak hanya disuruh beriman dengan Al-Quran semata-mata, bahkan juga disuruh beriman dengan Zabur, Taurat dan Injil iaitu kitab Samawi yang lain sepertimana rukun Iman yang ke-4 iaitu beriman serta membenarkan kitab-kitab Samawi yang Allah turunkan kepada Musa, Daud dan Isa a.s. Tidakkah dalam membincangkan hukuman rejam, Rasulullah s.a.w. mengambil hukum itu daripada intisari beberapa ayat yang cuba disembunyikan oleh orang Yahudi dalam kitab Taurat?

Adalah sangat tidak munasabah andai hukum rejam itu termasuk dalam kategori takzir yang boleh dipinda oleh pemerintah dan tidak termasuk kedalam hudud yang hukumnya tidak boleh dipinda disebabkan jika benar sepertimana dakwaan mereka termasuk MAZA yang menolak bahawa Rejam termasuk kedalam kategori Hudud, maka bolehlah dikatakan (Na'uzubillahi min zaalik) bahawa Allah dan Rasulullah itu tidak adil kerana menetapkan hukuman bagi penzina Ghair Muhsan (belum berkahwin/ tiada isteri) itu lebih berat hukumannya daripada hukuman yang Allah tetapkan kepada penzina Muhsan (Sudah/sedang berkahwin).

 Sedangkan bagi penzina Ghair Muhsan, masih ada alasan/ keringanan bagi mereka untuk berzina disebabkan tiadanya mekanisma yang dapat membantu mereka melempiaskan syahwat berbanding penzina Muhsan (sudah berkahwin) dimana mereka sudah dikurniai suami atau isteri yang telah dihalalkan buat mereka dalam memenuhi kehendak syahwat namun masih mencari mekanisme lain dengan jalan haram (berzina). Bagaimana jika pemerintah itu menetapkan hukuman bagi pesalah zina Muhsan cuma dikehendaki pemerintah membayar RM 5000 untuk menebus dosanya berzina. Maka adakah itu merupakan suatu keadilan?

Sedangkan Umar Al-Khatab pernah menyifatkan golongan seperti MAZA ini sebagaimana dalam sebuah athar:


Abdullah Ibn 'Abbas berkata, " 'Umar bin Khattab berkata sambil duduk di atas mimbar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

 إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحَقِّ وَأَنْزَلَ عَلَيْهِ الْكِتَابَ فَكَانَ مِمَّا أُنْزِلَ عَلَيْهِ آيَةُ الرَّجْمِ قَرَأْنَاهَا وَوَعَيْنَاهَا وَعَقَلْنَاهَا فَرَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجَمْنَا بَعْدَهُ فَأَخْشَى إِنْ طَالَ بِالنَّاسِ زَمَانٌ أَنْ يَقُولَ قَائِلٌ مَا نَجِدُ الرَّجْمَ فِي كِتَابِ اللَّهِ فَيَضِلُّوا بِتَرْكِ فَرِيضَةٍ أَنْزَلَهَا اللَّهُ وَإِنَّ الرَّجْمَ فِي كِتَابِ اللَّهِ حَقٌّ عَلَى مَنْ زَنَى إِذَا أَحْصَنَ مِنْ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ إِذَا قَامَتْ الْبَيِّنَةُ أَوْ كَانَ الْحَبَلُ أَوْ الِاعْتِرَافُ و حَدَّثَنَاه أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ قَالُوا حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ الزُّهْرِيِّ بِهَذَا الْإِسْنَادِ
"Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dengan kebenaran, dan Dia juga telah menurunkan kitab kepadanya, di antara ayat yang diturunkan kepada baginda, yang kita semua telah membacanya, mempelajari dan berusaha memahaminya adalah ayat tentang rejam. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah melaksanakan hukuman rejam tersebut, begitu juga kita akan tetap melaksanakan hukum tersebut setelah pemergian (kewafatan) baginda. Aku khuatir, jika semakin lama, maka akan ada yang berkata, "Di dalam al Qur'an tidak kita dapati ayat mengenai hukum rejam." Lantas mereka tersesat karena meninggalkan hukuman wajib itu yang telah diturunkan oleh Allah Ta'la. Sesungguhnya hukuman rejam yang terdapat dalam Kitabullah, wajib dijalankan atas orang lelaki dan perempuan yang telah menikah lalu melakukan perzinaan apabila ada saksi, terdapat bukti dan juga ada pengakuan."[H.R. Muslim, no.3201, Kitab Had (Hudud)]


FITNAH TERBAHARU MAZA- 'MADKHALIST' PENDUKUNG IS (ISLAMIC STATE)






Kesimpulannya, nyatalah segala tuduhan yang dilemparkan oleh MAZA (Mohd Asri Zainal Abidin) yang kuat mencela Syaikh Rabi' bin 'Umair Al-Madkhali dengan tuduhan "pengobar bendera Khawarij abad ini (abad 21) serta melabel pendukung-pendukung dakwah Syaikh Rabi' sebagai "Madkhalist" akhirnya berbalik kepada dirinya serta pengikut-pengikut dia (MAZA) sendiri.

Bahkan baru-baru ini MAZA cuba membuat fitnah baharu bahawa mereka yang dilabel oleh MAZA sebagai "Madkhalist" ini sebenarnya adalah 'munafiq' yang bertaqiyyah (berpura-pura) tidak menyokong IS (Islamic State). Mana mungkin sedangkan IS  sendiri telah mengancam ingin membunuh ulama'-ulama' Sa'udi yang seangkatan dengan Syaikh Rabi' Al-Madkhali seperti Syaikh Salih bin Fauzan Al-Fauzan di samping terdapatnya beberapa rakaman audio yang kian tersebar luas khususnya di YouTube yang menunjukkan peringatan keras yang diberikan oleh ulama'-ulama' yang turut dilabel sebagai "Madkhalist" akan bahaya IS di samping menyatakan bahawa pembaan IS adalah "Khawaij gaya baharu".

Mana mungki seorang ulama' yang sentiasa menyeru supaya taatkan pemerintah tiba-tiba menyokong usaha menjatuhkan malah membunuh pemerintah di negara-negara Islam sebagaimana yang dilakukan oleh IS dewasa ini! Sekiranya fitnah ini sengaja ditimbulkan oleh MAZA, maka penulis menyeru supaya kita sama-sama doakan kepada MAZA dengan doa yang dikenali sebagai "Doa Sa'ad bin Abi Waqqas":

"Ya Allah, sekiranya dia [MAZA] berbohong (mengenai 'Madkhalist' yang dikatakan menyokong IS) maka butakanlah matanya, panjangkanlah usianya dan timpakanlah fitnah ke atasnya (MAZA).” Wallahua'lam.




Comments