[REVIEW] Filem Mission: Impossible 5- Rogue Nation

Oleh: Muhamamd Zulsyamini Sufian Suri


Menononton filem-filem perisikan (espionage) amat memeningkan dan sukar difahami. Kadangkala seorang perisik yang telah diketahui identitinya oleh organisasi penjahat masih tidak dibunuh sebaliknya masih dipergunakan untuk mengorek rahsia badan perisikan yang menghantar seseorang agen perisik itu bagi mengetahui sejauh mana agensi risikan itu berjaya mengumpulkan maklumat mengenai organisasi mereka.

Pendek kata, perisik itu diugut bunuh sama ada dibunuh dirinya sendiri atau saudara-mara atau ahli keluarga terdekat sekiranya enggan bertindak mengikut kemahuan organisasi penjahat itu. Maka sama ada mahu atau tidak, perisik itu terpaksa akur menjadi agen perisik kepada organisasi penjahat itu walaupun pada asalnya dia ditugaskan melumpuhkan organisasi itu. 

Kiranya perisik yang mengalami kejadian sedemikian rupa digelar sebagai agen ganda (double agen). Walaupun dia ditugaskan memberi info intel kepada majikan keduanya (organisasi penjahat), dia dalam masa yang sama juga masih bertindak sebagai agen bagi agensi perisikan itu, dan taat hanya kepada majikan pertamanya sahaja.

Seringkali info yang disalurkan kepada majikan keduanya (organisasi penjahat) dipalsukan dengan bantuan rakan sekerjanya dalam agensi.

Siapa pernah menonton Gerak Khas The Movie II pasti memahami situasi ini apabila Inspektor Zamri yang pada mulanya disyaki pembelot oleh inspektor Mazlan akhirnya didedahkan sebagai seorang pegawai yang diamanahkan untuk menjalankan misi 'undercover' tanpa pengetahuan sesiapa pun melainkan 'orang atasan'. Inspektor Zamri pada asalnya merupakan seorang pegawai polis dianggap 'dibeli' (dirasuah) oleh 'mastermind' penjenayah dadah bernama Raziman untuk bertindak sebagai 'orang dalam' menyalurkan maklumat.

Tindakan Zamri tersebut pada mulanya memang merugikan pasukan polis apabila segala operasi yang dikendalikan rakan sejawatnya di dalam polis gagal. Namun akhirnya, dengan tindakannya jugalah polis berjaya melumpuhkan kegiatan Raziman yang bekerjasama dengan kumpulan militan. Di sini dapat dilihat bahawa Inspektor Zamri bertindak sebagai agen kepada dua (double) badan yang saling berlawanan, iaitu agen kepada polis, dan agen kepada Raziman (sebagai orang tengah). Namun Zamri hanya taat pada yang satu, iaitu pasukan polis.

Mission: Impossible 5 (Rogue Nation) sememangnya 'best', menggadingkan perisik Amerika daripada CIA bernama Ethan Hunt (Tom Cruise) dengan perisik ganda (double agent) WANITA daripada agensi risikan British, MI6 atau British Secret Services bernama Ilsa.

Ethan menjadi buruan CIA apabila suatu organisasi yang digelar "The Syndicate" telah memerangkap dirinya hingga dikatakan sebagai pengkhianat kepada CIA. Akibatnya, penyelia Ethan telah menyarankan agar CIA memburu Hunt sama ada ditangkap hidup-hidup atau mati dibunuh.

Ilsa sang perisik ganda British juga memainkan peranan besar dalam filem ini apabila dialah yang menjadi orang tengah di antara Ethan Hunt yang bekerja di bawah CIA dengan dalang kepada The Syndicate benama Solomon Lane. Dijadikan cerita, Ilsa - lah yang dikatakan menjadi 'double agent' dalam filem ini di mana dalang The Syndicate berhasrat menggunakannya untuk memperoleh maklumat berkenaan kegiatan organisasi berkenaan yang telah diketahui oleh agensi risikan kedua-dua negara (CIA- Amerika dan MI6- Britain).

The Syndicate pada asalnya diasaskan oleh idea Perdana Menteri Britain yang merekrut bekas-bekas perisik daripada agensi risikan serata dunia bagi bekerja untuk kepentingan kerajaan Britain.Walaubagaimana pun , idea penubuhan The Syndicate itu telah dikhianati seseorang sehingga matlamat asal The Syndicate ditubuhkan lari daripada tujuan asalnya iaitu daripada memelihara kepentingan British kepada tujuan keganasan dan pembunuhan secara elit. Antara sasaran pembunuhan The Syndicate termasuklah pemimpin-pemimpin negara di benua Eropah.

Anggota-anggota The Syndicate yang rata-ratanya merupakan bekas perisik daripada serata dunia juga direkrut dengan cara dilenyapkan identiti seseorang bekas agen itu sama ada didapati mati (kematian palsu) ataupun hilang tanpa dapat dikesan. Disebabkan itu, CIA amat sukar mempercayai kewujudan organisasi bernama The Syndicate berkenaan hingga menyangka bahawa Ethan Hunt hanya mereka-reka cerita berkenaannya sehingga menimbukan salah faham yang menakibatkannya menjadi buruan CIA kerana disyaki melakukan tindakan sendiri tanpa mengikut arahan orang atasan CIA, lalu dianggap sebagai pengkhianat yang wajar dihukum mati.

Dalam filem ini juga memaparkan bahawa betapa kejamnya agensi risikan yang ada di dunia sehingga sanggup membunuh dan mengabaikan nasib anggotanya sendiri. Ethan Hunt dan rakan-rakannya dihukum bunuh (walaupun pada akhirnya mereka mendapat pengampunan daripada mahkamah CIA) manakala Ilsa daripada MI6 pula diabaikan nasibnya apabila dipaksa penyelianya dalam MI6 untuk bertemu dalang The Syndicate (Solomon Lane) tanpa sebarang persediaaan yang meningkatkan risiko dibunuh oleh Lane.

KEBETULAN pula, dalam filem berkenaan ada diceritakan mengenai kehilangan beberapa pesawat yang dinaiki oleh beberapa perisik, bersamaan pula dengan isu yang kembali hangat diperkatakan baru-baru ini iaitu serpihan bangkai pesawat yang disyaki milik MH370 yang baru dijumpai di Hindi.

Apapun, Mission: Impossible – Rogue Nation memang 'best', lebih 'best' daripada Ghost Protocol terutamanya bila ada 'scene' berlakon di Menara Kuala Lumpur, Malaysia (walaupun hanya dipaparkan beberapa saat) haha.

Comments