Berita oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri
Seorang personaliti yang dijemput untuk memberikan syarahan agama melalui program televisyen dikecam ramai pengguna media sosial (netizen) berhubung kenyataannya yang dikatakan dapat mengguris perasaan ramai ibu.
Dalam rancangan Fiqh Wanita yang disiarkan TV3, Fatimah Syarha Mohd Noordin yang amat dikenali sebagai seorang novelis novel-novel berunsur keIslaman ditemplak ramai netizen disebabkan pernyataan beliau yang mendakwa bahawa bayi yang disusukan dengan susu lembu berbading susu ibu bakal mewarisi sifat-sifat serta akhlak yang ada pada lembu apabila DNA lembu akan menjadi sebahagian daripada darah daging bayi itu.
Sebahagian netizen mula mempersoalkan bagaimana pula bagi ibu-ibu yang terpaksa meninggalkan penyusuan badan yang sepatutnya diberi kepada bayi mereka khususnya apabila bertembung dengan beberapa hal seperti ketidakupayaan menghasilkan susu, kesihatan ibu terjejas dan sebagainya.
Reaksi sama turut didukung oleh pernyataan daripada seorang pelajar jurusan Pengajian Islam dan Sains (Gentik dan Biologi Molekul) Universiti Malaya, Syahira Rozami melalui status Facebook yang dimuat naik olehnya.
Antara kandungan yang ditulis melalui status yang mendapat sebanyak 4522 sukaan (like) dan 1685 perkongsian (share) pada saat tulisan ini diterbitkan, beliau berharap supaya personaliti itu lebih berhati-hati dalam penyampaian fakta mengenai kelebihan susu ibu.
"Susu ibu lebih baik bukan kerana faktor DNA, tetapi kerana susu ibu mampu memberi antibodi yang lebih baik kepada tubuh badan bayi berbanding susu lain. Susu manusia, mempunyai kandungan antibodi yang banyak dan cukup untuk melawan bakteria dalam tubuh anak-anak. bayi yang masih kecil tidak mampu untuk menghasilkan sistem imunisasi yang kukuh, manakala susu ibu mampu memberikan antibodi (IgA terutamanya) yang sudah siap sedia untuk melawan bakteria. Dari sisi lain, susu lembu yang dibancuh ada risiko memberi alergi kuat kepada bayi yang masih belum ada antibodi lawan alergi (IgE). Secara kesimpulannya, untuk mengatakan susu lembu atau susu lainnya tidak bagus untuk bayi secara total, adalah tidak tepat sama sekali," jelas beliau.
Pernyataan serupa turut dilontarkan oleh Exco Pemuda UMNO, Fathul Bari Mat Jahya melalui status yang dimuat naik melalui laman Facebook kendaliannya di mana beliau mempelawa penceramah itu (Fatima) supaya medatangkan hujah sama ada melalui sumber kajian sains mahupun agar dapat membuktikan dakwaan tersebut.
Di sisi lain, Seorang 'blogger' yang hanya dikenali sebagai Abu Afham menegaskan bahawa pernyataan Fatimah itu sebenarnya mempunyai sandaran daripada nas agama.
Dalam status yang dimuat naik olehnya menerusi laman Facebook, beliau berkomentar: "Saya bagi contoh daripada apa yang saya pernah dengari mengenai babi dan unta. Ada ustaz (termasuk ustaz salafi) mengatakan bahawa antara sebab umat manusia khususnya Muslim diharamkan memakan daging babi selain daripada ketetapan wahyu adalah kerana sifat babi itu sendiri yang pengotor dan sangat buas nafsu seksnya (nafsu seks babi). Kita boleh memerhatikan hal ini bila mana melihat nafsu seks manusia yang memakan daging babi lebih tinggi berbanding manusia yang tidak memakan babi."
"Rincian mengenai nafsu seks babi juga ada diterangkan bila mana dikatakan bahawa babi adalah antara satu-satunya haiwan yang tiada perasaan cemburu walaupun apabila pasangannya melakukan hubungan intim (hubungan kelamin) aka zina dengan babi lain di hadapan mata," jelasnya.
Tambah beliau lagi, "Sama juga dengan kes hukum berwudhuk selepas memakan daging unta apabila di dalam blog persendiriannya, Dr. Fadlan Mohd Othman yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ada menerangkan sebab yang menjadi perbincangan ulama' mengenai kemestian berwudhuk setelah memakan daging unta. Antara 'point' yang Dr. gunakan, salah satunya adalah untuk membuang serta membersihkan ciri-ciri syaitan dan jin yang ada pada unta seperti sifat dendam dan dengki sebagaimana syarahan hadis yang zahirnya menerangkan penciptaan unta daripada jin".
Walaubagaimana pun, pernyataan blogger tersebut mendapat tentangan daripada Fathul yang menasihati beliau melalui ruangan komen di 'post' berkenaan supaya harus tahu membezakan antara sifat yang diwarisi dengan DNA yang berupaya merubah genetik seseorang.
Teguran berkenaan mendapat reaksi positif blogger berkenaan yang menyatakan bahawa titik perbezaan yang membawa salah faham orang ramai hanya terletak pada perkataan DNA, seolah-olah personaliti yang televisyen berkenaan (Fatimah) memaksudkan bahawa DNA lembu yang masuk ke sistem pencernaan bayi dapat memutasikan sel-sel yang ada pada bayi tersebut sedangkan sekiranya personaliti berkenaan tidak menyebut perkataan DNA, barangkali ia masih boleh diterima.

hihi, tak sangka boleh jadi viral benda ni.
ReplyDeletebagus la tu, sekurang-kurangnya cara pemikiran analitikal masyarakat Malaysia ni dah semakin berkembang, akan analisis dulu sebarang berita yang sampai.
saya setuju yang susu ibu adalah yang terbaik, tapi tentang DNA tu, saya tak setuju sangat.
yang pasti, DNA kita adalah gabungan dari DNA ibu dan ayah kita.
itulah sebaik-baik kejadian.
-blogspot : rawatankanser2013