[BERITA] Najis pada Al-Quran- Netizens diseru boikot Alvin Tan

Berita Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Pengguna laman sosial (netizens) digesa memboikot laman Facebook Page milik blogger seks kontroversi Alvin Tan dengan cara menarik diri daripada terus mengikuti (following) atau 'like'  mahupun berkongsikan apa-apa jua kenyataannya yang bersifat menghina Islam.

Dalam satu status yang dimuanaik personaliti televisyen Imam Muda Hilal yang kian menjadi viral di laman sosial, Hilal berpendapat kecaman serta ugutan bunuh atau membahayakan yang dilontarkan melalui komen rakyat Malaysia  di page berkenaan dikatakan dapat menjadi penyebab kerajaan Amerika Syarikat meneruskan perlindungan suaka politik yang diterima Alvin pada masa ini.

Dakwaan Hilal itu dikatakan diterima olehnya melalui seorang kenalannya yang sedang menuntut di Amerika Syarikat.

Menurutnya lagi, dalam tempoh beberapa bulan seseorang penerima suaka politik di bawah kerajaan Amerika Syarikat perlu mendatangkan bukti bahawa nyawanya benar-benar terancam sekiranya dia pulang ke negara asal bagi melayakkannya terus menerima suaka politik.

"Justeru apabila dia (Alvin) melakukan pernyataan sebegini yang mencetuskan api kemarahan umat Islam di Malaysia sehingga terdapat segelintir rakyat Malaysia melontarkan komen berupa ugutan bunuh dan sebagainya, perlindungan suaka masih dapat diteruskan.


Jadi apabila permohonan suaka politiknya ditolak setelah ketiadaan ancaman rakyat Malaysia beragama Islam yang memboikot dan tidak mengendahkan segala provokasinya (Alvin), maka senanglah kerajaan Malaysia memebawanya pulang ke Malaysia untuk dibicarakan," demikian maksud daripada status Hilal yang dimuat naik berkenaan.

Status Imam Muda Hilal yang kian menjadi viral di laman sosial


Sementara itu seorang pengguna media sosial yang hanya dikenali sebagai Zulsyamini Sufian turut melontarkan pendapat serupa melalui status yang dimuatnaik olehnya.

"Si Alvin ni macam Syaitonir Rajiim psikologinya. Bagaimana ingin bermain psikologi dengan mamat saiko ni? Senang sahaja . Dalam sebuah hadith, Nabi s.a.w. melarang kita mencela syaitan. Hadithnya berbunyi:

Dari Abu Malih, dari seorang lelaki, dia berkata:
 "Aku membonceng Nabi s.a.w.. Tiba-tiba binatang tunggangannya tergelincir. Aku berkata: "celakalah Syaitan" Nabi pun berkata: "Janganlah kamu katakan "celakalah syaitan" kerana jika engkau berkata sedemikian, Syaitan itu akan membesar hingga seperti rumah dan berkata: "demi kekuatanku". Melainkan ucapkanlah bismillah (dengan nama Allah) kerana jika engkau ucapkan itu (bismillah), maka Syaitan akan mengecil hingga seperti lalat." [Riwayat Abu Dawud, disahihkan oleh Al-Albani no.4982]

Maka saya katakan. Bertenanglah dalam menhadapi sifat Syaitan Alvin Tan kerana makin kita layan dia dengan perkataan buruk dan makian, maka dia akan semakin megah dan berasa angkuh lagi besar malah memperhebatkan lagi sikap syaitannya itu. Sebaliknya, ucapkanlah: "Bismillah", agar dirinya berasa sekecil ulat taik yang baru nak membesar menjadi lalat.

Maka berhenti membalas kata buruk kepada dia atau dia akan lebih membesarkan diri dengan terus-menerus melakukan provokasi terhadap umat Islam. Ucapkanlah BISMILLAH," ujarnya.

Status yang dimuat naik Zulsyamini Sufian



Comments

  1. Setuju..daripada kita maki dia tu.. baik lagi ambil Al-Quran dan hayati isi kandungannya.Bukan biarkan saja Al-Quran tanpa dibaca, bila orang permainkan Al-Quran baru kita nak tunjuk prihatin pada Al-Quran.

    ReplyDelete

Post a Comment