Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
Kita orang Melayu jadi mundur sebab 'mind-set' kita sudah tertanam dalam hidup bahawasanya kita nak sentiasa bekerja di bawah syarikat-syarikat tertentu, asalkan kita memperoleh gaji setiap bulan. Lebih teruk ada di kalangan kita yang terlalu mengimpikan bekerja di sektor awam (kerajaan) kerana memikirkan segalanya terjamin di situ bahkan dalam konteks pemecatan kerana salah laku. Penjawat awam sangat susah dibuang kerja (dipecat). Paling 'busuk' pun hanya ditukarkan tempat dan kedudukan jawatan sahaja.
Apa yang boleh kita lihat hari ini, begitu banyak syarikat yang didirikan oleh kaum Cina yang memang terkenal sejak sekian lama memegang penguasaan ekonomi di negara ini. Sebahagian besar dari kaum Cina ini pula hanya akan mengambil pekerja-pekerja mereka sama ada dari kalangan kaum kerabat sendiri ataupun kaum sebangsa mereka. Namun ada juga yang bertindak mengambil pekerja bawahan dari kalangan bangsa lain terutama orang Melayu (itu pun dengan syarat orang Melayu itu tahu serba sedikit berbahasa Mandarin.
Apabila saya lihat situasi sedemikian berlaku, aku rasa hiba hingga memikirkan sampai bila orang Melayu berada di bawah kongkongan Cina dari sudut ekonomi? Bila disebut "Cina", aku tidak memaksudkan semangat kebangsaan semata-mata namun secara realitinya sebahagian besar daripada kaum Cina adalah beragama sama ada Kristian mahupun Buddha.
Ini bukan rasis. Nabi s.a.w. juga menjuluki agama Kristian sebagai bangsa Romawi (Rom), agama Majusi sebagai bangsa Parsi, agama Yahudi sebagai bangsa Israel dan sebagainya walaupun dimaklumi bukannya semua yang berbangsa sebagaimana di atas menaganut agama-agama yang ditunjukkan tadi. Jadi, apabila saya menyebut perihal kaum atau bangsa Cina khususnya di Malaysia sekarang, saya tidak merujuk semata-mata atas dasar kebangsaan itu, sebaliknya merujuk kepada agama yang dianuti oleh mejoriti daripada kaum Cina tersebut.
Saya ada seorang kawan yang bekerja di bawah syarikat milik kaum Cina yang berpusat di Lembah Klang. Dia ada menceritakan kepada saya bagaimana majikannya yang berbangsa Cina dan beragama BUKAN Islam cuba perlahan-lahan menarik atau mengajaknya supaya menuruti gaya hidup yang tidak menepati Islam seperti berhibur di kelab malam dan berpesta arak walaupun Alhamdulillah sementara dia disuruh cuba mencari pekerjaan lain, dia menyatakan bahawa dirinya masih bertahan daripada menuruti ajakan setan majikannya itu.
Inilah yang saya ingin perkatakan. Orang Melayu yang diikat dengan agama Islam mesti ubah pengaturan minda (mind-set) mereka daripada rela selamanya berada di bawah orang lain khususnya apabila di bawah penguasaan orang Kafir. Alhamdulillah saya sudah tamat belajar di peringkat ijazah sarjana muda pada Julai 2015 dan berjaya memperoleh pekerjaan walaupun masih belum bergraduasi. Namun disebakan terciptanya beberapa halangan, saya mengambil keputusan untuk mencari kerja lain. Dalam pada itu, saya tanamkan di minda saya bahawa pada akhirnya saya ingin bergelar seorang usahawan yang mempunyai syarikat dan empayar perniagaan sendiri.
Sementara mencapai impian saya itu, saya tekadkan keazaman untuk mencari kerja di bawah syarikat milik Melayu-Bumiputra dan Islam. Saya sekali-kali tidak akan meminta jawatan kepada syarikat yang dimiliki bangsa asing apatah lagi yang menganuti agama SELAIN Islam. Pada saya bukannya tiada kes di mana pekerja beragama Islam dihalang daripada melakukan ritual agama seperti solat, solat Jumaat, puasa dan sebagainya oleh majikan mereka BUKAN beragama Islam. Paling tidak pun, mungkin situasi sebagaimana rakan saya yang diterangkan sebelumnya bakal terjadi kepadasaya apabila majikan yang non-Muslim itu cuba menyuntik 'jarum-jarum' halus bagi menjauhkan kita daripada agama.
Saya menyeru kepada kaum sebangsa dan seagama saya supaya jangan terlalu mengimpikan pekerjaan yang selamanya akan meletakkan kita di bawah atau zon selesa. Jangan harapkan ingin bekerja di sektor kerajaan kerana berfikir akan senang 'curi tulang' daripada melaksanakan tugas dan jangan pula selamanya mengharap kepada gaji tetap yang diperoleh saban bulan. Ubah perspektif kita daripada ingin selamanya berada di bawah kepada ingin menjadi oraang atasa atau 'boss' yang memiliki perniagaan sendiri. Bahkan siapa yang dapat menafikan kelebihan berniaga sebagaimana yang 'orang agama' selalu sebut sebagai "9 daripada 10 kebaikan datang daripada (aktiviti) perniagaan" walaupun ianya bukanlah hadith yang sahih untuk disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.
Walaubagaimana pun, Rasulullah s.a.w. ada bersabda dalam satu hadith sahih:
مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ وَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ
"Tidak ada seseorang pun yang memakan satu makanan yang lebih baik daripada makanan hasil usaha tangannya sendiri. Dan sesungguhnya Nabi Allah Daud A.S memakan makanan dari hasil usahanya sendiri".
[H.R. Al-Bukhari daripada Al-Miqdam r.a]
Bahkan siapa masih dapat manafikan bahawa asas kepada syarikat-syarikat termasuk syarikat milik kerajaan mana sekalipun di dunia ini adalah berasaskan kepada perniagaan iaitu mencari keuntungan. Alhamdulillah sewaktu aku dalam latihan industri serta di waktu bekerja sekarang, kedua-dua majikan aku menekankan konsep keusahawanan di mana mereka sangat berharap supaya setiap dari kalangan pekerja mereka ada keinginan untuk bergelar usahawan sama ada usahawan industri kecil dan sederhana mahupun besar. Memang betul bukan semua orang mampu membuka empayar sendiri. Mana yang mampu, berusahalah membina empayar syarikat sendiri. Mana yang masih kurang mampu, jadikanlah peniagaan kecil-kecilan sebagai jalan menjana pendapatan pasif sampingan di samping bekerja makan gaji. Paling tidak pun perniagaan kecil itu nanti dapat diwariskan kepada zuriat keturunan generasi selepasnya yang mana jika ia diuruskan dengan baik, perniagaan itu akan berkembang biak menjadi syarikat besar. Mungkin pada masa itu barulah bangsa kita dapat merampas semula hak kita dari sudut ekonomi yang selama ini penjajah British berikan sepenuhnya kepada bangsa asing iaitu Cina (non-Muslim)!
Wallahua'lam.
Comments
Post a Comment