Oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri
[Pensyarah di fakulti 'mass comm' UiTM Shah Alam bergaduh, apa pendirian aku?]
[Pensyarah di fakulti 'mass comm' UiTM Shah Alam bergaduh, apa pendirian aku?]
Walaupun dah habis belajar, namun sekarang ni heboh di fakulti tempat saya belajar mengenai pensyarah (lecturer) bergaduh sesama lecturer. Yang sebelah pihak lecturer disokong ramai oleh pensyarah-pensyarah lain. Yang satu lagi pihak hanya banyak di-'back-up' oleh para pelajar.
Isunya berlaku apabila lecturer yang didukungi oleh para pelajar ni dikatakan amat mudah meluluskan dan memberi markah tinggi kepada pelajar sewaktu menyelia thesis para pelajar hinggakan beliau sering menjadi rebutan para pelajar khususnya yang sedang menjalani latihan industri (praktikal). Sebaliknya golongan perikatan pensyarah di pihak lain agak skeptikal dengan tindakan pensyarah itu atas alasan ianya secara tidak langsung bakal mengurangkan kualiti thesis yang dilaksanakan oleh para pelajar.
Bagi saya , saya tidak berpihak kepada kedua-duanya. Ya walaupun perikatan pensyarah yang tegar atas prinsip sukar memberi markah tinggi kepada pelajar terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang (maaf cakap) aku tidak suka bahkan benci (bukan aku sorang yang benci tapi ramai lagi yang mengakuinya), tapi dalam kes ni, aku lebih berpihak kepada mereka berbanding pensyarah yang mendapat dukungan dan dipertahankan oleh para pelajar.
Para pelajar biasalah. Semuanya nak senang. Saya pun kalau boleh nak senang. Alhamdulillah waktu saya menjayakan thesis saya, pensyarah yang menyelia saya sangat memudahkan saya dan para pelajar di bawah penyeliaannya. Tapi sekarang ni barulah saya terfikir balik. Bagaimana sesebuah institusi dan organisasi dianggap berkualiti andai semuanya mudah dan senang, amat kuarng cabaran.
Saya kaitkan dengan kes waktu kita di zaman persekolahan. Sebagaimana maklum, di sana terdapat jenis dan tingkatan tahap antara sekolah. Di sana ada SBP (Sekolah berasrama penuh), MRSM, SMKA, Kolej/ Maktab dan sebagainya. Benda ni dapat kita tengok melalui peperiksaan dalaman yang dijalankan dalam sekolah-sekolah seperti itu. Pelajar SMK akan memandang soalan peperiksaan bagi sekolah SMKA agak sukar. Begitulah seterusnya. Pelajar SMKA memandang soalan peperiksaan di MRSM lebih sukar, dan begitulah buat MRSM yang memandang peperiksaan di SBP lebih sukar.
Kesukaran yang ada itulah yang membuatkan sesebuah institusi dipandang tinggi lagi berkualiti. Ternyata, SBP lebih dipandang tinggi berbanding MRSM. MRSM lebih dipandang berbanding SMKA dan begitulah setrusnya, dan seterusnya.
Pengalaman aku sendiri sebagai lulusan SMKA yang mana di waktu itu pelajar SMKA dipandang agak tinggi bebanding SMK biasa pun membuktikan MRSM dan SBP lebih dipandang tinggi walaupun syarat kemasukan antara ketiga-tiganya hampir bahkan sama. Ya, lepas PMR akan ada pelajar cemerlang di SMKA yang bertukar sekolah ke SBP, KISAS (Asrama Penuh) SMAP (Sekolah Menengah Agama berAsrama Penuh).
Begitulah permisalannya. Memandangkan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam dipandang agak tinggi berbanding fakulti-fakulti komunikasi dan media (mass comm) di universiti-unversiti lain, maka seharusnya konsep taraf sekolah menengah yang saya contohkan di atas diguna pakai agar graduan yang dilahirkan di sana terjamin akan kualitinya.
Maaf jika tulisan saya ini bakal mengguris hati pensyarah berkenaan di samping membuatkan para pelajar yang tegar menyokongnya berasa tidak senang hati dengan saya. Syaa hanya meluahkan pendapat dan isi hati saya selaku graduan FKPM (Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) UiTM Shah Alam. Tidaklah saya berbuat demikian melainkan kerana saya sayangkan institusi dan badan berkenaan.
Kata P. Ramlee: "Buang yang keruh, ambil yang jernih". Dalam harapan saya agar pensyarah yang mendapat dukungan pelajar berkenaan mengubah pendirian agar mutu dan kualiti FKPM di mata fakulti-fakulti 'mass comm' Universiti Awam lain, saya juga mengharapkan agar perikatan pensyarah yang tidak sukakan pensyarah berkenaan juga tidak terlalu menekan pelajar atau begitu cerewet sehingga membebankan pelajar yang dalam pada sedang menyiapkan thesis penulisan ilmiah, masa mereka juga banyak dihabiskan sewaktu menjalani latihan praktikal.
Nasihat saya kepada para pelajar pula, hindarkanlah diri daripada menjadi batu api dalam perselisihan yang berlaku antara pensyarah-pensyarah tersebut. Kita mungkin boleh menyokong mana-mana pihak yang kita suka, namun janganlah terlalu menzahirkan kebencian kita sehingga tidak putus-putus mulut kita dalam mengumpat dan mengeji pihak atau pensyarah yang kita tidak sukakan itu.
وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
"Dan janganlah sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati (mayat)? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." [Al-Hujuraat ayat 12]
PS: Mungkin akan ada yang menyangka penulisan aku ini bakal memburukkan imej fakulti 'mass comm' UiTM Shah Alam. Namun tidakkah perkara ini jugalah yang sedang dilakukan oleh pensyarah yang mendapat dukungan dan simpati sebahagian besar pelajar di fakulti berkenaan?
Berkhidmat untuk ABATA,
Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri
AKA Abu Afham.
Comments
Post a Comment