Menemani pengantin baru di malam keduanya di Starcity Hotel Alor Setar (REVIEW]

Oleh: Muhammad Zulsyamini


 
BERMALAM DI STARCITY HOTEL ALOR SETAR.

Kelmarin (16 Disember 2018), aku terdetik untuk pergi ke Alor Setar untuk melawat kawan baik aku, Faiz Rodzi (Tengku)  sempena hari perkahwinannya. Menariknya aku tak dapat hadiri majlis resepsi (betul ke?) atau walimatul urus baik di rumah dia pada 20 Disember 2018 mahupun di rumah isterinya, Liyana sebelum itu pada 15 Disember.


 
Nak jadikan cerita, aku kena jugaklah pergi jumpa dengannya. Yelah kedua-kedua kendurinya aku tak dapat datang atas alasan komitmen kerja. Bukannya aku tak 'reserve' tarikh tu untuk pergi sebab sebenarnya aku dah memang 'plan' dah nak pergi sana pada malam 19 Disember tu, tapi 'last' minit tiba-tiba bos aku kata aku tak boleh cuti pada 18 sampai 20 Disember sebab ada Fam Trip dari kumpulan blogger mana entah nak buat lawatan review di tempat kerja aku.

Bos aku ni pulak, bila aku mintak cuti last minit, dia marah kata aku tak pandai plan cuti. Tapi bila aku nak mintak cuti awal-awal, dia suruh tunggu (hold) dulu sebelum tandatangan pada borang cuti aku sebab takut pada hari aku cuti tu, waktu sibuk dan ramai orang yang memerlukan aku kerja. Aku pun jadi serba salah dan tension jugak sebenarnya.

Ok takpelah. Sekarang berbalik pada topik asal iaitu pengalaman aku bermalam di Starcity Hotel,
Alor Setar, Kedah.

Tak susah pun nak cari lokasi hotel ni sebab ia berada sangat dekat dengan Menara Alor Setar, iaitu di bahagian belakang Aman Central. Aku terdetik nak bermalam di hotel tu sebab kebetulan aku dapat voucher menginap di hotel tu secara percuma sewaktu cabutan bertuah ketika tempat kerja aku adakan majlis makan malam kakitangan (staff party) pada Oktober 2018.

Aku memandu dari tempat kerja aku di Bukit Merah, Semanggol, Perak, pada petang 16 Disember dalam jam 5.20 petang menuju Alor Setar. Perjalanan ambil masa dalam 2 jam 15 minit. Aku sampai di lobi hotel dalam jam 7.30 malam.

Voucher yang aku dapat tertera tulisan 'Courtesy Voucher' untuk bilik jenis Deluxe untuk dua orang sekali dengan sarapan untuk dua orang. Waktu tu harga bilik Deluxe adalah RM198. Lepas 'check-in', aku naik ke bilik di tingkat dua, nombor bilik 207.


Memandangkan aku 'check-in' sorang-sorang, receptionist yang menerima tempahan aku tu pun bagi bilik Deluxe yang katilnya jenis single-twin. Maknanya katil sorang-sorang tapi ada dua unit dalam keadaan terpisah dengan meja meletak barang dan telefon bilik. Hancus harapan aku nak dapatkan katil jenis king atau queen yang pasti lebih besar dan selesa.


Lepas masuk bilik, aku mandi dan solat Maghrib dan jamak qasar terus dengan Isyak. Lalu aku keluar merayap sekitar Aman Sentral selain untuk makan malam.

Waktu pertama kali mandi dan membuang masa Maghrib ni pun, aku dah mula rasa takdalah seronok sangat hotel ni. Air di lantai bilik mandi pun mengalir lambat meneruni lubang pada lantai menyebabkan kelihatan seolah-olah tersumbat walaupun memang ia mengalir, tapi perlahan sangat.

Kemudian jangkaan aku kalau dah bilik dengan nama 'Deluxe' ni dan harga pulak nak dekat RM200, bilik air dia kena ada bath tube la, baru seronok nak berendam. Tapi takpalah aku positif lah sebab lagipun aku bukan tidur di hotel tu untuk 'honeymoon' pun.


Tapi ada jugak yang aku tak puas hati sebenarnya dengan bilik mandi tu. pertama kepala pili untuk air aliran bawah tak ada (tercabut), dan aku rasa pun macam takda fungsi ada muncung paip di situ sebab getah paip pun takda. Getah paip hanya ada sebelah jamban (mangkuk tandas), itu pun tak berapa panjang sangat. Huhu.


Okaylah. asal boleh basuh cukuplah. Lepas itu aku cuba pulak takung air dalam sinki. Kalau korang tahulah kan ada jenis penakung air yang kalau kita tekan tombol besi dekat lubang aliran sinki tu, automatik dia dapat takung air. Kira okaylah dapat juga takung air.

Tapi masalah timbul bila aku nak buang air yang dah ditakung tu selepas digunakan. Rasanya tombol dia dah rosak. Aku cuba jugak tekan balik dan cari punat untuk buka kembali besi penutip aliran air tu tapi tak jumpa. Maka bertakunglah air dalam sinki terbabit sampai aku check-out.


Kemudian masalah TV. Baguslah hotel ni ada jugak inisiatif nak pasang NJOI walaupun takda ASTRO. Tapi tak tahulah apa masalahnya, mungkin masalah 'line coverage' atau masalah ariel antena menyebabkan siaran TV tak 'smooth'. Masih banyak titik-titik putih walaupun masih ada warna, TV jenis LCD tu pun mungkin jenis yang kurang kualiti sebab boleh nampak 'pixel' siaran tu sangat tak cantik, macam lukisan 2D pun ada. Haha.

Kemudian berbalik pada kelengkapan sedia ada dalam bilik. Aku tak tahulah tapi aku hairan kenapa dalam bilik tu hanya sedaiakan seuncang kopi dan seuncang gula walaupun bilangan cawan dan air mineral dalam biotol ssemuanya menunjukkan untuk kegunaan 2 orang. Kalau ya pun aku check-in sorang-sorang, tak bermakna aku memang nak 'stay' sorang-sorang kat situ.

 

Bukan apa sebab malam tu jugak, aku memang dah plan dengan Faiz (Tengku) untuk tidur sekali dalam bilik tu. Aku pun sebenarnya takut dan seram nak bermalam di mana-mana hotel seorang diri, sebab dah dengar macam-macam cerita pasal pengalaman seram bermalam di hotel tempat lain.

Walaupun baru malam kedua selepas sah bergelar suami, Tengku sanggup luang masa dengan aku. kemudian baru aku tahu rupa-rupanya memang dah jadi macam adat orang Kedah selagi tak selesai kenduri kedua-dua belah pengantin, maka pengantin tu takkan tidur bersama. Hahahahahaha.

Yelah lagipun dia mesti nak 'respect' aku penat datang dari jauh sebab tak dapat datang kenduri dia nanti. Sebab tu dia nak jugak teman aku tidur, sambil-sambil tu boleh 'pillow talk' dan melawak sama-sama sementara masih dalam 'mood' bujang. Hahahaha.

Disebabkan katil single kami terpisah, maka kami ubah kedudukan katil supaya kedua-duanya bercantum dan rapat dengan dinding. Bukan apa sebab takut masa tidur, jatuh tergolek nanti. Bila cantum, besar sikit.


Pasal katil pulak, aku memang puas hati dengan keempukannya. Cuma aku heran sebab cadar yang digunakan terlalu nipis tapi selimutnya tebal nak mati. Memang betul selimut tebal lagi selesa kalau dalam keadaan ruangan sejuk, tapi ni bila aku pasang pendingin hawa (air-cond) dengan suhu minimum 20 darjah celcius pun, badan aku yang sedang berselimut pun tak dapat rasa langsung kesejukannya.

Selimutnya terlalu tebal. Nak pakai rasa panas, tak pakai sejuk sangat. Serba salah jadinya. Last-last aku naikkan sikit suhu dan hanya selimut takat perut, tak tutup semua sekali.

Pagi keesokannya iaitu pada 17 Disember tu kami pun sarapan di hotel tu. Aku tak tahu berapa harga yang dikenakan kalau ada tambahan 'pax' atau harga sarapan sahaja. Tapi nasib baiklah aku puas hati jugaklah dengan kesedapan bersarapan di sana.


Cuma ada juga skikit yang kurang terutamanya kepelbagaian menu yang tak berapa banyak. Tapi asalkan kenyang dan sedap cukuplah. Nasib baik aku guna 'voucher' tu, tak dikenakan sebayang bayaran. Kalau tak memang aku dah komplen terus dah.

Kalau aku nak komplen pasal hotel takda kolam renang walaupun bayar mahal macam tak 'proper' pulak. Tapi bagi aku sepatutnya 'management' hotel kena peka jugaklah mengenai kualiti bilik dengan harga yang dibayar kalau takda fasiliti yang 'grand' macam kolam renang tu pun.

Tapi di sudut lain ada jugaklah yang aku puas hati dengan hotel ni, termasuk dia siap-siap sediakan sterika (iron) di setiap bilik walaupun aku dan Tengku tak gunakan. Siap ada sedia meja untuk iron lagi selain tikar sembahyang (sejadah) dan penunjuk arah Kiblat.

Okay. Itu sahaja review aku untuk Starcity Hotel ni. Ini bukan 'review' berbayar ya melainkan review yang ikhlas dari lubuk hati.

Bukanlah nak kata itu kali terakhir aku bermalam di situ tapi kalau ada pilihan, aku akan cari hotel lain kalau nak bermalam lagi di Alor Setar. Kalau terpaksa, barulah aku 'consider' untuk bermalam di situ semula.

Buat Tengku, Selamat Pengantin Baru moga kekal ke anak cucu.

Oh ya satu lagi benda yang buatkan aku sangsi selain berasa seram. Bilik ni terlalu banyak sangat bilangan cermin. Untuk apa agak-agak? Hahaha.

Kalau untuk kegunaan suami isteri pun, seram tau tak kalau terlalu banyak cermin walaupun Alhamdulillah sepanjang penginapan aku di bilik itu, tiada sebarang gangguan halus diterima. Huhu.

Comments