Oleh: Muhammad Zulsyamini
![]() |
| Kredit Gambar: screenrant.com |
Sudahkah anda menonton filem terbaru Spiderman: Far From Home?
Jika sudah, perasankah anda bahawa watak utama villain dalam filem terbabit yakni Mysterio merupakan manifestasi kepada Dajjal yang akan muncul di akhir zaman?
Mari kita lihat persamaannya.
Dalam hadith yang menceritakan berkenaan Dajjal, kita perlu memberi perhatian kepada perkara berikut:
1) Dajjal dikenali sebagai penipu dan pendusta.
2) Sebilangan pihak berpendapat sosok Dajjal seperti makhluk asing yang mengerikan. Hakikatnya pandangan berkenaan terkeliru memandangkan dalam beberapa hadith diceritakan bahawa Dajjal adalah dari kalangan manusia, berketurunan Nabi Adam.
3) Penipuan Dajjal begitu hebat sehinggakan orang yang pada mulanya bersungguh yakin boleh menewaskan Dajjal tatkala berhadapan dengannya pun akan terjebak mengikuti Dajjal pada akhirnya.
Sebagaimana watak Mysterio atau ‘Becky’ dalam filem Spiderman berkenaan, Mysterio juga dikenali sebagai seorang penyulap (ahli silap mata) yang menggunakan kecanggihan teknologi hologram untuk menipu dan memperdaya manusia di Bumi.
Tipu daya Mysterio hanya atas dasar satu tujuan, iaitu supaya disanjung ramai tatkala dia dilihat sebagai adiwira atau ‘superhero’ yang berjaya menewaskan ‘raksasa’ ganas tanpa bantuan mana-mana adiwira lain di mana ‘raksasa’ berkenaan hakikatnya adalah ciptaan beliau bersama organisasinya sendiri menggunakan teknologi hologram tahap ‘dewa’.
Seperti juga Dajjal yang diyakini mengikut kepercayaan penganut islam, dia dikurniakan dengan kelebihan menurunkan hujan selain membawa sungai dan gunung roti walaupun hakikatnya Dajjal itu adalah cacat pada bahgaian matanya selain Dajjal juga mahukan sanjungan apabila mengaku sebagai seorang Nabi sebelum mengaku sebagai tuhan!
Organisasi yang merencanakan penipuan ilusi hologram Mystrerio itu dapatlah ditafsirkan kepada Illuminati atau Freemason yang sebagaimana maklum merupakan kaki dan tangan Dajjal yang merencanakan keadaan politik dunia sebelum kemunculannya bagi menjayakan rmisi Pemerintahan Dunia Baru (NWO).
![]() |
| Simbol mata yang dikaitkan sebagai simbol Dajjal atau organisasi NWO terdapat pada kostume yang dipakai Mysterio. Sumber gambar: movieweb.com |
Bahkan filem berkenaan beserta dengan komik asalnya menampakkan adanya lambing yang menjadi symbol Illuminati pada kostum atau suit yang dipakai oleh Mysterio.
Jadi, bagaimana pula yang anda fikirkan?


Comments
Post a Comment