Putus tunang itu perkara biasa. Buat apa nak dimalukan?

Gambar hiasan bersumberkan dari Berita Harian Online

Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Bertunang tidak bermakna pasti atau 'confirm' berkahwin.

Tunang itulah sebenarnya tempoh untuk kita benar-benar mengenali kelakuan dan sikap pasangan.
Sebab itulah dalam ugama pertunangan itu mudah sahaja iaitu tidak perlukan pelamin, hantaran serta dandanan mak dendam.

Pertunangan berlaku apabila si perempuan mahupun walinya bersetuju menerima lamaran seorang lelaki, walaupun tanpa cincin.

Daripada situ, haram bagi si perempuan, walinya itu daripada menerima lelaki lain yang baharu datang melamar, selain haram bagi lelaki lain cuba melamar atau mengorat perempuan tunangan orang itu.

Adapun suruhan agama dalam pertunangan adalah ianya seharusnya disebunyikan.
Faedah daripada tuntutan merahsiakan pertunangan itu kita dapat lihat apabila sesuatu pertunagan itu tidak berakhir dengan perkahwinan.

Apabila pertunangan tidak berjaya pada akhirnya, tentulah si bakal mempelai, serta keluarga mereka yang menanggung malu setalah beria dengan persiapan pertunagan yang agak mewah.
Itulah antara hikmah mengapa pertunangan seharusnya dirahsiakan.

Berbeza dengan orang sekarang, pertunangan dibuat seakan-akan majlis kenduri kahwin, atau sekurang-kurangnya majlis akad nikah.

Kalau boleh satu kabilah dan kampung ingin dijemputnya sama ada nbagi pihak pengantin mahupun ibu bapa atau walinya.

Namun akhirnya mereka sendiri yang menanggung malu apabila pertunangan yang dibuat itu putus, lalu mulalah mengungkit dan meneritakan keburukan tunang dan keluarga tunangnya itu sebagai jalan 'cover line' bagi menapakkan keluarganya dan dia sendri tidak bersalah.

Tambahan pula dengan adanya majlis tunang yang begitu 'gah' berkenaan seterusnya menjadi tiket kepada pasangan tunang berkenaan untuk keluar berdua tanpa ditemani wali atau mahram wanita itu, tengok wayang bersama dan tidak mustahil berakhir dengan zina sebelum akad nikah.

Itulah yang banyak terjadi sekarang ini.


[TUNANG: Dihebahkan atau disembunyikan?]


Pernah terbaca satu pertikaian yang keluar daripada seorang ustaz. Pertikaiannya berbunyi:

"Adakah pertunangan perlu dirahsia ataupun dihebahkan?"

Terdapat hadith yang menyarankan supaya pertunangan dirahsiakan, sementara perkahwinan barulah dihebahkan.

Kemudian timbul pula persoalan yang diutarakan oleh ustaz terbabit iaitu:

"Jika pertunangan perlu dirahsiakan, bukankah ia menyelisihi tujuan asal pertunangan disyariatkan iaitu supaya tiada lelaki lain yang datang melamar perempuan terbabit mahupun melalui wali (bapa)-nya.

"Ya lah, jika pertunangan itu dirahsiakan, bagaimana lelaki lain yang bukan tunangnya ingin mengetahui sama ada si perempuan sudah ditempah (dicop) oleh tunang lelakinya itu tadi," katanya.

Namun terdapat pula logiknya supaya sesebuah pertunangan itu dirahsiakan iaitu supaya keduda-dua pasangan tunang mahupun ahli keluarga mereka tidak berasa atau kurang malu sekiranya pertunangan itu diakhiri dengan perpisahan apabila sepanjang tempoh perkenalan sewaktu tunang, terdapat banyak perkara yang dilihat menghalang untuk ke langkah seterusnya iaitu perkahwinan.

Jadi bagaimana mahu menyesuaikan dua logik di atas?

Fikiran penulis, ya, pertunangan perlu dirahsiakan dalam ertikata tidak perlu majlis yang gah, disertai dengan pelamin dan sebagainya. Cukuplah sekadar si lelaki membawa rombongan keluarga ke rumah pihak wanita atau lelaki itu sendiri yang menyatakan hasrat kepada wali wanita berkenaan.

Jadi sesudah lamaran diterima, tidak perlulah bagi kedua-dua pasang tunang itu menghebahkan bahawa mereka telah bertunang, disertai dengan majlis yang meriah seakan-akan kenduri kahwin.

Bagaimanapun cukup sekadar apabila terdapat rakan sejantina lain yang cuba memikat, maka katakanlah;

"Sesungguhnya aku adalah tunangan orang. Jika ingin tahu siapa tunangku, maka ini dia gambar, dan ini pula profil Facebook-nya. Kalau tidak percaya sila tanya ayah saya."

Kepada sesiapa yang masih tidak faham erti sebenar pertunangan, ia bermakna apabila seorang lelaki menyatakan hasrat melamar atau untuk berkahwin kepada seorang wanita ataupun kepada walinya sebelum hasrat melamar terbabit diterima oleh salah seorang daripada kedua-duanya, di mana hal sedemikian pernah terjadi kepada aku, lima tahun lepas.


Dalam agama, putus tunang adalah sesuatu yang biasa 

Sebenarnya putus tunang adalah sesuatu yang biasa dalam Islam. Ia bukan luar biasa sebagaimana pemahaman masyarakat kita dewasa kini.

Dalam Islam, apabila seorang lelaki didapati berkenan terhdap seorang wanita lalu menyatakan hasrat ingin melamar wanita berkenaan sama ada terus kepadanya mahupun malalui wali perempuan itu, maka di situlah pertunangan berlaku, iaitu apabila salah seorang atau kedua-dua perempuan serta wali perempuan tersebut menyetujui lamaran lelaki berkenaan walau tanpa apa-apa hantaran.

Namun masyarakat kita hari ini melakukan istaiadat pertunangan sudah semacam majlis pernikahan apabila tidak kurang RM1 k dibelanjakan hanya untuk kos 'masuk meminang'.

Maka dengan itu tidak hairanlah mengapa terdapat pasangan tunang yang melakukan perkara-perkara yang sepatutnya harus dilakukan hanya sesudah nikah kahwin seperti keluar berduaan, jalan berdampingan bahkan melakukan hubungan kelamin sekalipun.

Ini berikutan apabila majlis pertunangan yang begitu 'gah' itu diadakan persis majlis perkahwinan, ia seakan memberi lesen kepada pasangan tunang tersebut untuk melakukan perkara-perkara sebagaimana dinyatakan di atas.

Sedangkan hakikatnya pasangan yang sedang 'bercouple' itu pun sedang bertunang, namun bertunang secara haram.

Implikasinya, apabila talian pertunangan itu putus, mereka serta keluarga juga yang menanggung malu. Sedangkan dalam agama pertunagan itu hanya sekadar menyatakan keinginan serta mengambil persetujuan selain dalam masa itulah berlakunya suai-kenal.

Apabila pasangan 'couple' yang sudah saling mengenali antara satu sama lain di samping mendapat 'restu' dari keluarga atau wali si perempuan sejak sekian lama, maka fungsi talian pertunangan sudah tidak ada gunanya memandangkan pertunangan itulah yang sepatutnya menjadi tempoh suai-kenal selain menjamin hak (cop) pasangannya yang melamar atau yang dilamar.

Justeru, putus tunang sebenarnya adalah proses normal dalam agama. Disebabkan itulah pada asalnya, tiada istilah BERcinta serta berukhuwah antara lelaki dan perempuan apatah lagi ber-'couple' sebelum nikah atas nama untuk SALING MENGENALI kerana dalam agama, tempoh pertunangan-lah yang seharusnya diperuntukkan untuk saling mengenali.

Apabila sudah kenal lalu dirasakan tidak sesuai, maka tinggalkan sahaja. Itu normal! Bukannya bersedih sampai mahu membunuh diri.

Comments