Agenda Dajjal dalam Fast & Furious Hobbs & Shaw (2019)?


Gambar Hiasan

Amaran: Jangan teruskan bacaan sekiranya anda tidak langsung mahu mengetahui berkenaan 'spoiler' filem ini. Namun 'spoiler' yang diceritakan di bawah bukanlah 'spoiler' yang besar-besar.
Belum habis lagi 'demam' filem Spiderman: Far From Home di pawagam, sekali lagi menerusi penayangan filem Hollywood terbaru, Fast & Furious (FnF): Hobbs & Shaw yang mula ditayangkan pada semalam, 31 Julai 2019 jelas menerapkan unsur halus agenda Illuminati anti-Christ Dajjal.
Sebelum ini penulis ada menerangkan hubungkait filem Spiderman berkenaan dengan agenda Dajjal melalui hantaran berikut: [Mysterio dalam filem Spiderman (2019) manifestasi kemunculan Dajjal?]
Berbalik kepada filem FnF tadi, antara adegan yang ditayangkan adalah bagaimana watak penjahat (antagonis) dalam filem itu iaitu Brixton Lore yang merupakan orang kanan kepada organisasi pengganas yang dinamakan sebagai Etheon dengan mudahnya berjaya menguasai media-media utama di seluruh dunia bagi menyalurkan maklumat palsu (dusta) agar kegiatan mereka gagal dihidu oleh masyarakat dunia.
Bukankah Al-Masih Dajjal dalam kepercayaan umat Islam juga terkenal dengan pendustaannya?
Watak Profesor Andreiko yang mencipta virus 'Snowflakes' atas janji palsu oleh Etheon juga dapatlah menggambarkan betapa 'hebatnya' organisasi Etheon yang dapat digambarkan sebagai Illuminati atau Freemason menipu manusia untuk menjayakan agenda mereka.
Untuk makluman, virus Snowflakes merupakan sebab utama terciptanya sekuel filem ini di mana ianya dikatakan dicuri oleh seorang ejen MI6, Hattie Shaw yang dituduh berpaling tadah oleh organisasi Etheon yang juga berminat 'merampas' virus terbabit bagi menjayakan agenda mereka mengurangkan populasi dunia berikutan keupayaan virus berkenaan dapat diprogramkan untuk membunuh manusia.
Brixton juga digambarkan sebagai seorang yang telah mati dibunuh lalu berjaya 'dihidupkan' semula menggunakan kecanggihan teknologi lalu menjadi seperti manusia robotik dengan beberapa kelebihan dan keupayaan yang menandingi manusia biasa.
Ianya sebagaimana ciri Dajjal yang diyakini oleh umat Islam sebagai diberi kelebihan oleh Allah untuk 'menghidupkan' mereka yang telah mati. Dalam filem ini, Brixton juga menawarkan kepada Hobbs dan Shaw untuk turut serta sebagai sebahagian dari Etheon lalu dikurniakan kelebihan sebagaimana dimilikianya yakni mempunyai kekuatan setanding adiwira (superhero), sebagaimana Dajjal menawarkan kepada sesiapa yang beriman kepadanya berupa sungai dan gunung roti di kala bumi dilanda kemarau panjang.
Lebih menarik apabila Brixton juga mendapat mandat dari ketua organisasinya yang diberi nama sebagai Etheon. Agak mengejutkan apabila terdapat adegan yang memaparkan Brixton menerima arahan dari seseorang yang tidak ditujukkan secara jelas namun berkomunikasi menggunakan suara yang diubah di mana nadanya seperti suara syaitan di dalam filem berkenaan. Adakah ianya menggambarkan Lucifer (Iblis) yakni yang dianggap sebagai 'bos' kepada Dajjal?
Pada akhir plot filem, digambarkan bahawa berlakunya peperangan antara puak ala red-Indian yang berperang menggunakan senjata tradisional selain dibaluti keyakinan bahawa 'perjuangan mereka' menentang 'tentera' Brixton (Etheon) 'direstui' oleh dewa pujaan mereka.
Selain menggambarkan bahawa ianya adalah perang Armageddon yang diyakini bakal berlaku menjelang akhir zaman oleh agama samawi (Islam, Kristian, dan Yahudi), adegan terbabit secara tidak langsung menggambarkan bahawa peperangan besar di akhir zaman itu nanti turut membabitkan penggunaan senjata seperti zaman dahulu, disebabkan runtuhnya teknologi atas faktor tertentu.
Dua watak utama iaitu Hobbs dan Shaw yang berjuang untuk menewaskan Brixton dapatlah digambarkan seperti perikatan antara Imam Mahdi dan Nabi Isa menewaskan Dajjal sebagaimana yang ramai sedia maklum.
Bagaimanapun, sebenarnya bagi penulis perkara sebegini tidak menghairankan kerana ianya bukanlah baharu tatkala banyak filem keluaran Hollywood menyelitkan unsur Illuminati/ Anti-Christ/ Freemason dan sebagainya.
Hatta dalam dua filem dari francais Fast & Furious sebelum ini iaitu filem ke-7 dan ke-8 iaitu Furious 7 dan The Fate of the Furious, terdapat satu teknologi yang dinamakan sebagai 'God Eye' (Mata Tuhan) menjadi antara 'bahan' utama kepada penceritaan kedua-dua filem terbabit di mana ianya digunakan untuk mengintip sebarang visual atau audio di seluruh dunia secara senyap dengan menggunakan sebarang peranti yang dipasang kamera .
Mungkin pembaca juga sedia maklum bahawa pemberian nama 'mata tuhan' itu sudah cukup menggambarkan bahawa 'tuhan' yang mereka maksudkan adalah Dajjal yang pada keyakinan mereka cukup untuk diperlihatkan dengan simbol 'mata' atau satu/ sebelah mata sebagaimana keyakinan umat Islam bahawa Dajjal hanya melihat dengan sebelah mata yang cacat manakala sebelah lagi buta.
Wallahu'alam.
Jadi, bagaimana pula yang anda fikirkan?

Comments