![]() |
| Gambar Hiasan. Kredit Gambar: syahida.com |
Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
Disebabkan banyak tulisan membahaskan hakikat Dajjal, penulis terdetik untuk mengulas mengenai sesetngah dakwaan yang disandarkan kepada Dajjal yang kadangkala sangat jauh dari penerangan yang diberi melalui hadith.
DAJJAL ADALAH SEORANG MANUSIA DARI ANAK KETURUNAN ADAM A.S
Dajjal bukanlah seekor raksasa. Dia adalah seorang manusia, daripada keturunan Nabi Nuh a.s. Justeru, jangan terpengaruh dengan beberapa dakwaan seperti melalui surat berantai kononnya di beberapa tempat, kedengaran bunyi yang mengerikan datang daripada perut bumi lalu dengan mengatasnamakan ulama', dikatakan itu adalah suara Dajjal.
Sudahlah fakta mengenai Dajjal yang terkandung di dalamnya tidak menepati ciri yang Rasulullah s.a.w. sebutkan, ditambah lagi dengan ancaman musibah yang ada pada surat itu yang jelas merupakan kedustaan terhadap Allah apabila tidak menyebar luaskan berita dusta itu.
Padahal jika difikan logik, 'suara' itu bukanlah berasal dari sosok Dajjal, sebaliknya mungkin binatang bernama Dabbatul Ardh yang turut dikatakan akan keluar dari perut bumi di akhir zaman. Namun saya tidak mahu berbicara panjang mengenai Dabbatul Ardh ini memandangkan para ulama pun berbeza pendapat mengenainya.
Begitu juga dengan sebilangan orang yang memandang apabila ada sahaja bayi yang dilahirkan bermata satu terutamanya di negara Israel disebabkan keabnormalan tumbesaran janin, maka lantas kita mengaitkan bayi itu dengan Dajjal. Entah apalah dosa bayi itu sehingga digelar sedemikian rupa.
![]() |
| Antara wajah bayi yang pernah viral kerana dikatakan sebagai Dajjal. Sumber Gambar: Internet (Google Image) |
Sedangkan Nabi s.a.w. menyifatkan kesemua bayi yang dilahirkan itu berada dalam keadaan fitrah (Islam). Hadith Nabi menceritakan bahawa Dajjal itu bukanlah bermata satu, sebaliknya dia mempunyai dua (sepasang) mata, namun buta sebelah.
Bahagian mata Dajjal yang celik kelihatan seperti buah anggur yang tersembul keluar. Ditambah dengan tulisan KAF FA RA (Kafir) yang jelas kelihatan diantara kedua mata (dahi) Dajjal itu.
Bukti bahawa Dajjal itu dari kalangan manusia jelas, kerana Nabi s.a.w. seringkali menyamakan sifat fizikal seseorang manusia dengan Dajjal melalui beberapa hadith yang baginda lafazkan tatkala ingin menceritakan perihal sifat fizikal Dajjal, .
Umpamanya kisah yang selalu didengari iaitu Ibn Sayyad dan sebahgaian individu lain. Diceritakan di dalam riwayat yang sahih apabila Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada Umar r.a. (seingat saya) mengenai perihal Ibn Sayyad yanng dilihat menepati sifat Dajjal, Umar (atau Khalid Al-Walid (saya tidak pasti)) meminta keizinan kepada Rasulullah untuk memenggal kepalanya.
Lantas Rasulullah s.a.w. melarang dengan menjawab jawapan yang seakan-akan baginda s.a.w. sendiri tidak pasti samaada benarkah Ibn Sayyad itu benar-benar adalah Al-Masih Dajjal atau tidak dengan ungkapan:
"Jika benar-benar dia adalah Dajjal, maka nescaya kamu tidak akan mampu membunuhnya," disebabkan ketetapan yang sudah nyata dari Allah bahawa Dajjal akan mati ditangan Isa a.s., tidak di tangan yang lain.
Tidak terdapat sebarang perbezaan yang ketara antara kefahaman saya mengenai Dajjal dengan padangan bogger-blogger berkenaan bahawasanya Dajjal adalah seorang manusia, berasal dari keturunan Nabi Adam A,S sebagaimana manusia lainnya. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh
Rasulullah S.A.W dalam mimpi yang dialami oleh baginda:
وَإِذَا أَنَا بِرَجُلٍ جَعْدٍ قَطَطٍ أَعْوَرِ الْعَيْنِ الْيُمْنَى كَأَنَّهَا عِنَبَةٌ طَافِيَةٌ فَسَأَلْتُ مَنْ هَذَا فَقِيلَ الْمَسِيحُ الدَّجَّالُ
"... Tiba-tiba ada seorang lelaki berambut keriting, dan buta mata kanannya, seolah-olah matanya seperti buah anggur yang tersembul. Lalu saya bertanya, 'Siapakah orang ini? ' diberitahukan; 'Ad Dajjal."
H.R Bukhari, no. 5451, Kitab Pakaian, Bab: Kerinting. Rujuk: http://lidwa.com/app/?k=bukhari&n=5451
Bahkan dalam riwayat lain yang juga bersumberkan dari Al-Bukhari, Nabi s.a.w. sendiri menyatakan bahawa ketika beliau mimpi dalam tidurnya, terdapat golongan manusia yang memberitahu baginda bahawa orang yakni manusia yang paling mirip fizikalnya dengan dengan sifat Dajjal adalah Ibnu Qaththan iaitu seorang lelaki dari Bani Khuza'ah.
Bagi menguatkan lagi dakwaan bahawasanya Dajjal adalah seorang manusia, ianya dibuktikan melalui kisah Nabi S.A.W bersama-sama Umar r.a bertemu dengan seorang yang diaggap sebagai dajjal pada zamannnya, iaitu seorang pemuda yang diberikan julukan Ibnu Shayyad. Diceritakan melalui kisah (hadith) berkenaan, ketika mana Umar r.a mahu membunuh pemuda yang bernama Ibnu Shayyad itu, hasrat Umar berkenaan dihalang oleh Nabi S.A.W dengan bersabda:
إِنْ يَكُنْ هُوَ لَا تُسَلَّطُ عَلَيْهِ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ هُوَ فَلَا خَيْرَ لَكَ فِي قَتْلِهِ
"...Jika dia benar (Dajjal), maka kamu tidak akan dapat menguasainya dan jika dia bukan (Dajjal) maka tidak ada kebaikannya membunuhnya".
H.R. Bukhari, no. 5707, Kitab Adab, Bab: Ucapan seseorang kepada orang lain "Hinalah engkau". Rujuk (dalam kisah yang panjang): http://lidwa.com/app/?k=bukhari&n=5707
Kesimpulannya, apabila mendengar ada pihak berbicara mengenai Dajjal dengan nada 'aneh' seperti Dajjal akan datang seperti raksasa dalam francais 'Ultraman', maka usahlah percaya dengan dakwaan itu kerana Dajjal hakikatnya daripada kalangan manusia dan disebabkan itulah ramai manusia akan terpedaya dengan pendustaannya lalu menjadi pengikutnya. Na'uzubillah.
![]() |
| Mungkin gambar ini lebih sesuai menerangkan mengenai sifat fizikal sebenar Dajjal, seorang manusia. Sumber gambar: Kompasiana.com |



Comments
Post a Comment