Mesej tersirat filem animasi Boboi Boy The Movie 2 jelaskan keadaan politik negara (Malaysia)?





Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri 

Tertarik mahu mengulas mengenai filem animasi kanak-kanak, Boboi boy The Movie 2 yang baru ditayangkan bermula minggu lepas. AMARAN: Tulisan ini mungkin mengandungi 'SPOILER'. Jadi jangan teruskan pembacaan jika anda tidak mahu 'mood' anda 'spoil'

Penulis sebenarnya tertarik apabila ada terbaca pihak yang menyatakan bahawa terdapat 'subliminal message' atau mesej tersembunyi berkenaan situasi politik dalam negara kita, Malaysia yang diterapkan melalui filem itu yang diarahkan oleh Nizam Razak.

Pertama, watak antagonis utamanya iaitu Reta'ka disamakan dengan sosok perdana menteri Malaysia sekarang, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M). Persamaannya adalah jika Reta'ka merupakan seoarang yang gilakan kuasa yang dinamakan 'Kuasa Elemental', begitu juga dengan Tun M selain kedua-duanya dikurniakan umur yang panjang iaitu lebih dari 100 tahun bagi Reta'ka dan 94 tahun bagi Tun M.



Warna bendera DAP


Reta'ka




Setelah merampas 4 jenis kuasa dari Boboiboy, Reta'ka kian bermaharajalela dengan memusnahkan penduduk dua planet bagi melonjakkan kuasa atau kekuatan yang dimilikinya. Ini disamakan dengan perbuatan Tun M 'melumpuhkan' jentera-jentera atau pemimpin UMNO khususnya yang membabitkan sumber kewangan untuk menggerakkan parti.

Kita pun sedia tahu bahawa watak-watak utama dalam siri Boboiboy menggunapakai prinsip berbilang bangsa dan agama yang secara tidak langsung mencerminkan identiti Malaysia yang berbilang kaum. Jadi tidak mustahil sang pengarahnya cuba secara halus memasukkan mesej tersembunyi berkenaan situasi politik dalam negara melalui filem terbarunya itu.

Watak utama Boboi Boy yang berbilang bangsa dan agama


Bahkan kalau kita imbas, warna asal tubuh dan pakaia Reta'ka itu sendiri mencerminkan warna parti DAP iaitu merah, putih, dan biru muda. Mengejutkan apabila musuh tradisi Retakka yang sebelum ini merupakan kawan baiknya ketika kecil iaitu Hang Kasa (Tok Kasa), pemilik kuasa Elemental- Kristal bertemakan warna hijau. Kalau difikirkan, bunyinya macam DAP lawan PAS pulak kan?


Hang Kasa (Tok Kasa) dalam Boboi Boy The Movie 2 berwarna hijau. PAS?


Dalam usaha menewaskan Reta'ka, Boboiboy berpecah kepada 5 (Boboiboy kuasa lima) namun dia tewas. Sesudah itu Retak’ka memberitah kepada Boboiboy yang sedang nyawa-nyawa ikan bahawa berpecah sebegitu hanya akan melemahkan kuasa yang digunakannya. Cara Boboiboy menggunakan kuasa Elimentalnya adalah salah! 

Sama seperti keadaan politik sekarang bilamana PAS yang dahulunya turut berada di blok pembangkang akhirnya turut menyumbang kepada kekalahan UMNO-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu apabila berlakunya perpecahan undi Melayu atau lebih spesifik lagi, Melayu-Islam

Kemudian sesudah UMNO-BN kalah, barulah PAS melihat bahawa perpaduan dan penyatuan dengan UMNO  adalah kunci kebangkitan untuk menewaskan DAP yang dahulunya merupakan 'kawan baik' mereka, sebagaimana Reta'ka (Putih, Merah, Biru- DAP) yang dahulunya adalah kawan baik Hang Kasa (Hijau- PAS).

Akhirnya Boboiboy faham bahawa perpecahan hanya akan melemahkannya lalu dia menggabungkan  dua kuasa Elementalnya secara berpasangan menjadi satu (Boboiboy Fusion) dan akhirnya berjaya menewaskan si fossil tua Retak’ka, sebagaimana yang mungkin pimpinan PAS baru faham bahawa jalan untuk menang bukanlah berpecah undi Melayu-Islam, sebaliknya bergabung bersama-sama

Jadi bagaimana pula yang anda fikirkan?

Comments

  1. Hahaha,... Bernas....yang penting skg kita di epospd akhir zaman...zaman fitnah berleluasa... Cara rawatan yh trbaik adalah bergabung,rapatkan saff serta kmbali kpada AL-QURAN & SUNNAH... ummah bersatu di bawah pimpinan YANG DIBERI PETUNJUK (maksud dlm bhasa arab AL-MAHDI)..

    ReplyDelete

Post a Comment