Hantaran ini pada asalnya ditulis pada 22 November 2019 iaitu sehari selepas tayangan Filem 'Wira'.
Berikut adalah komentar penulis mengenai filem Wira (2019) yang mula ditayangkan pada 21 November 2019:
Adakah 'style' ASTRO SHAW memang ingin selitkan unsur-unsur anti Islam/ Melayu dalam filem terbitan mereka?
Ingatkah kita pada tahun lepas, penerbit sama jugalah yang mencetuskan kontroversi dengan menyelitkan unsur ke-Islam-an pada gerakan pengganas yang dipaparkan menerusi filem Polis Evo 2 yang diterbitkan mereka (ASTRO SHAW) sampaikan institusi mufti pun terpaksa campur tangan.
Kali ini satu lagi filem terbitan mereka ditayangkan yakni 'WIRA' yang membawakan Hairul Azreen selaku watak utama yang pada hemat penulis seakan-akan menyindir selain menerapkan mesej tersirat (subliminal message) kepada orang bukan Melayu mahupun Melayu yang mudah 'termakan racun'.
Secara ringkas dapatlah diterangkan seperti berikut:
-Filem ini bertemakan seni mempertahankan diri campuran atau 'Mixed Martial Arts (MMA). Adegan lawan-lawan memang banyak lah dalam filem ini.
*) Anti-hero (penjahat) utama dalam filem ini memakai nama Raja. Raja ni bukan gelaran seperti 'King' yang watak gangster selalu pakai, sebaliknya ialah nama betul penjahat terbabit dalam filem ini yang merupakan seorang Melayu.
*) "Raja" ini pada mulanya dipaparkan sebagai seorang yang dihormati ala-ala YB hinggakan Raja inilah yang merasmikan pembinaan rumah flat menjadi kediaman para pekerja di kilang KONDOM (sarung zakar) yang dimilikinya di mana kilang terbabit turut menghasilkan dadah jenis syabu.
*) Hero dan heroin dalam cerita ini adalah Hassan Munas lakonan Hairul Azreen serta adik Hassan bernama Zain (Zain ini perempuan ya, bukan lelaki). Kedua-duanya berketurunan Melayu yang menguasai MMA. Hassan adalah bekas komando yang sebelum memasuki tentera merupakan antara orang kesayangan Raja kerana bekerja di bawahnya sebagai seoarang 'fighter'.
*) Terdapat seorang lagi hero berbangsa Cina yang membawakan watak inspektor polis bernama Boon. Sewaktu plot filem hampir kepada penamat, Inspektor Boon inilah yang akhirnya menyedarkan kaum keluarga pekerja serta gangster upahan Raja yang hampir semuanya berbangsa Melayu supaya tidak lagi bersubahat melindungi kegiatan Raja walaupun Rajalah yang menyediakan rumah flat itu untuk mereka tinggal. Sebelum pembinaan rumah pangsa itu, kesemua mereka tinggal di penempatan setinggan, di atas tanah yang diduduki secara haram.
*) Di akhir cerita, terdapat adegan pertempuran menyaksikan Hassan (Hairul) dan Zain bertemupur dengan orang kanan Raja yang menguasai SILAT, bahkan orang kanan Raja berkeneaan bahkan kelihatan sentiasa mengenakan baju yang seakan-akan uniform silat serba hitam sebelum menanggalkannya semasa bertempur dengan Hassan. Mengapa silat? Bukan MMA juga?
*******
Jadi bila penulis hadamkan balik 'subliminal message' yang cuba dipaparkan ASTRO Shaw ini, dapatlah dilihat bahawa mereka ini memang suka bermain dengan sensitiviti umat Melayu Islam.
Mungkinkah ini juga antara strategi pemasaran mereka setelah berjaya menarik perhatian ramai yang mula mempersoalkan isu yang bermain dengan sensitiviti?
Ringkasnya boleh penulis katakan mesej yang ingin mereka sampaikan menerusi filem terbabit adalah:
"Orang Melayu (penduduk flat/ pekerja Raja) kena ikut cakap, dengar hasutan Cina-DAP (Inspektor Boon) untuk bersama-sama Hero Melayu dalam DAP (Hairul & Zain) untuk tumbangkan Raja (Raja-raja Melayu) agar mereka tidak lagi diperhambakan oleh Raja yang sememangnya tiada moral kerana menghasilkan barangan yang sering dianggap tidak bermoral (kondom) selain dadah."
Itu sahaja. Terpulang kepada pembaca sama ada untuk berfikiran seperti penulis atau sebaliknya. Wallahua'lam.
Ditulis oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

***

Comments
Post a Comment