2 kuda ‘berlumba’ atas jalanraya curi perhatian
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
Foto dari tangkap layar dari video dimuatnaik warganet (Nurul Atikah Halimi).
KUALA KANGSAR, 2 Jan 2019: Kelibat dua ekor kuda yang terlepas dari ikatan dan kelihatan sedang berlari di atas jalan raya sekitar bandar ini secara berpasangan menarik perhatian orang ramai yang menyaksikan kejadian itu petang tadi.
Detik kejadian itu juga sempat dirakam seorang warganet yang memuatnaik video berdurasi 21 saat memaparkan kedua-dua kuda berkenaan sedang berlari seakan-akan sedang berlumba mengikut aliran trafik di Jalan Raja Idris, di sini sebelum memasuki simpang ke Jalan Raja Chulan.
Biarpun dianggap mencuit hati, namun beberapa komentar warganet memperlihatkan kejadian sebegitu dapat membahayakan pengguna jalan raya memandangkan ia berlaku dalam cuaca hujan selain ia bukanlah pertama kali berlaku di sekitar kawasan bandar ini.
Warganet yang dikenali sebagai Osman Rahaman, berkata kejadian serupa pernah berlaku di Talang, di sini sebelum diakui seorang lagi warganet dikenali sebagai Sara Humaira yang menambah bahawa kejadian berkenaan lebih membahayakan kerana berlaku pada awal pagi dalam suasana gelap.
“Yang membela (kuda) haruslah bertanggungjawab. Risau (nanti) mengakibatkan kemalangan dan sebagainya, nak ‘claim’ (menuntut pampasan) pada siapa? Waktu itu tiada sapa nak mengaku itu kuda dia,” kata Sara Humaira.
“Banyak kali juga kuda pakcik (pemilik kuda) ini terlepas. Semalam ada penunggangnya. (Namun) nampak macam gagal nak kawal kuda itu. (Lokasi) di hadapan (gerai) mi kicap (Jalan Daeng Selili, di sini). (Ia) membahayakan lalu lintas,” kata warganet yang dikenali sebagai Maz Maz.
“Terlepas lagi kah? Hari Sabtu lepas pun (saya) terjumpa (kuda) di Kota Lama Kiri,” kata Mohd Ezrizal Zakaria.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian.
Bagaimanapun difahamkan pemilik kuda berkenaan berjaya mendapatkan kembali haiwan peliharaannya itu selepas kejadian.

Video:
Krdit video: Nurul Atikah Halimi

Comments
Post a Comment